Penawar untuk penyakit sesak nafas

Assalamualaikum guys.. Perasan tidak sekejap saja sudah 5 haribulan Januari 2012. Macam baru semalam kita meninggalkan tahun 2011. Pantas benar masa berputar2.. Kebesaran Allah SWT.

Hari Khamis yang tenang ini aku kongsikan satu petua untuk mereka yang mengalami penyakit sesak nafas. Kebanyakkan mereka yang mengalami penyakit ini mempunyai berata badan yang susut dan kurus. Lebih menyedihkan penyakit ini boleh membawa kepada maut jika tidak di rawat. Banyak kes kematian berlaku semasa mereka sedang tidur. Baca sini juga untuk belajar melakukan kecemasan memberi bantuan pernafasan

Disini ada sedikit petua untuk pesakit sesak nafas. Mudah2an dapat membantu kepada mereka yang mengalaminya. InsyaAllah.. doakan agar sembuh sepenuhnya.

  • Ambil 10 batang serai + gula merah sebesar ibu jari. Basuh serai dan tumbuk sampai lumat. Masukkan dalam periuk + 2 gelas air putih + gula merah = masak mendidih hingga anggaran tinggal segelas. Suamkan dan tapis sebelum diminum.
  • Amalkan seminggu 3 kali setiap pagi atau petang dengan memulakan selawat shifa dan Al Fatihah.
  • Apabila merasa lebih baik maka lakukan 2 kali seminggu sehingga sembuh..

Nota
InsyaAllah.. setiap tumbuhan atau herba yang Allah ciptakan semuanya ada kebaikan untuk penyembuhan segala penyakit. Yakin dan berdoalah agar DIA dapat menyembuhkan penyakit dan masalah..

Know your best food around town!

P.S. Banyak kebaikan serai ini. Kalau diminum setiap hari pun bagus kerana vitamin C yang ada pada serai sangat baik selain buah2an yang lain. Kalau tidak ada orange atau kiwi maka serai penggantinya. Arwah nenek selalu pesan, kalau jumpa serai dalam lauk maka di hisap serainya agar wajah lebih seri2.. Hik3... itu hanyalah teori dia saja...

0 comment... add one now