Assalamualaikum guys.. Kali ini kita belajar cara2 senaman Qi Gong dari China. Senaman ini sudah diamalkan oleh mereka sejak 1500 dahulu untuk memberi keutamaan kepada kekuatan, batang tubuh terutama tulang belakang. Mereka gelarkan gaya ini ular, naga dan white Crane.
Cook happy meals today
Senaman Qi Gong mempunyai 3 kategori iaitu lembut, sederhana dan keras. Salah satunya kategori senaman lembut untuk otot dan tendon yag merehatkan semasa menggerakkan sendi untuk menjalankan peredaran darah dan sendi bertambah baik.
- Mula2 lembutkan tubuh badan kita. Pastikan semasa membuat senaman ini perut tidak terlalu kenyang dan tidak kosong. Angkat kedua2 lengan dan sikut betul-betul di hadapan dada dengan tapak tangan menghadap ke bawah. Kemudian, pusing badan anda dari sisi ke sisi perlahan-lahan. Ini akan melonggarkan otot batang tubuh secara perlahan2. Ulangi enam kali setiap sisi.
- Posisi yang sama dengan mengangkat tangan berlipat betul2 berada di hadapan dada. Kunci jari antara kedua2 tangan dan gerakkan pinggul ke hadapan seperti membongkok untuk mendapatkan pergerakan gelombang menaik semasa membuat pusingan pada kedua-dua tangan ke depan dan kemudian ke bawah secara berterusan. Gerakan ini adalah untuk menggerakkan batang tubuh dengan perlahan-lahan untuk melonggarkan otot.
- Selepas membongkok terus naikkan badan perlahan2 seperti menegak dengan tangan keatas tanpa melepaskan jari2.
- Letakkan tangan di pinggang dan pusingkan pinggang secara mendatar perlahan2. Pertama - Pusing bulatan ke sebelah kanan beberapa kali dan disusuli bahagian kiri. Jika mengalami sakit, hayunkan pinggang dengan anggaran sederhana besar. Tapi kalau tidak merasa sakit maka bolehlah dibesarkan hayuan pinggang seperti bulatan besar. Ini akan melonggarkan belakang kawasan yang lebih rendah dan sendi pinggul yang menyebabkan sakit pinggang dan belakang. Semasa lakukan senaman ini jangan sekali2 menahan nafas kerana otot mudah menjadi tegang.
REGANGAN
Selepas membuat senaman pertama dikawasan pinggang, kita perlu meregangkan batang tubuh pula. Sekiranya membuat regangan batang tubuh dengan betul, kita boleh merasakan rangsangan sel-sel ke dalam badan dengan sangat selesa, dan ini akan meningkatkan Qi dan peredaran darah dengan baik.
- Kunci jari antara kedua2 tangan dan angkat tangan di atas kepala diikuti ousing sedikit badan seperti menolak ke atas dengan tangan anda dan tolak ke bawah dengan kaki anda. Lakukan dengan lembut dan relaxing untuk elakkan dari otot2 menjadi tegang.
- Kemudian tegakkan badan dan lakukan 5 saat posisi kekiri dan 5 saat posisi kekanan dengan tenang. Jika melakukan regangan ini dengan betul akan merasakan otot-otot di kawasan pinggang merasa tegang sedikit kerana otot2 sedang ditarik secara serentak dari bahagian atas dan bawah. Relaxkan minda dan tenangkan diri. Lakukan beberapa kali sahaja.
- Seterusnya bongkoknya badan ke hadapan perlahan-lahan dengan tangan mencecah jari kaki selama sepuluh saat untuk melonggarkan bahagian bawah tulang belakang.
- Akhir sekali, jika boleh, mencangkung dengan keadaan kaki dilekatkan dengan kedua2 lutut untuk meregangkan buku lali.
- Sambil mencangkung kita tegakkan badan dan mengangkat tumit untuk meregangkan jari-jari kaki. Ulangi keseluruhan proses sebanyak tiga kali. Selepas selesai, dalam badan akan rasa sangat selesa dan hangat.
- Bangun dengan perlahan2 dan diri tegak sambil kunci jari tangan kemudian buat pusingan pinggang seperti bulatan dengan perlahan2.
Want an ultra-even, flawless foundation finish?
Nota
Selepas membuat senaman Qigong kita akan merasaan belakang otot batang tubuh lebih sakit dan menyakitkan berbanding sebelum melakukan senaman. Ini adalah perkara biasa. Terdapat dua sebab untuk ini. Pertama - kita menjalankan otot dan tendon yang kita jarang lakuan sebelum ini. Keadaan akan menjadi lemah dan sedikt tegang. Kedua - Selepas melakukan senaman Qigong, peredaran Qi dan darah akan lebih aktif pada sistem saraf di kawasan otot2 dan akan rasa sedikit sakit atau tegang. Jadi untuk permulaan, kita lakukan dengan perlahan dan tidak keterlaluan.
P.S. Senaman yang terlalu banyak boleh menyebabkan kecederaan dan jika terlalu sedikit tidak akan berkesan pula. Jadi jangan paksa diri untuk melakukan senaman yang berat jika tidak mampu. Lakukan dengan hati yang tenang, gembira serta kosongkan minda. InsyaAllah akan lebih baik kesihatan tubuh badan kita dari sebelumnya...
Kredit info untuk YmaaDotcom