Doa tidur - anak terkejut dari tidur

Doa anak terkejut dari tidur.
Assalamualaikum guys.. Selalunya kalau anak terbangun dari tidur dan menangis kerana kemungkinan pamper basah atau lapar susu atau terkena gangguan dan sebagainya. Lagi2 bila anak2 terjaga pada waktu malam. Suami pandang isteri, isteri pandang suami. Masing2 tunggu siapa bangun dulu tengok anak menangis. Last2 isteri juga kena bangun buatkan susu. Tapi bila dah dapat susu anak tak juga nak tidur. Jam kat dinding dah terpampang pukul 3 pagi. mata dah tersengguk2 mengantuk kerana penat bekerja. Esok kena bangun awal ada meeting..
InsyaAllah.. setiap masalah ada penawarnya. Jika anak2 terutama yang masih bayi lagi terbangun atau terjaga dari tidurnya maka bacalah Surah Al Zalzalah.. Mudah2an anak akan tidur semula.


Dan ini adalah doa untuk orang dewasa yang terjaga dari tidur disebabkan mimpi buruk. Bacakan doa ini kemudian buat syarat meludah ke kiri 3 kali dan ubah tempat tidur. Baca doa dibawah ini


Aku berlindung dengan kalimah2 Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada kejahatan hamba2-Nya daripada tipu daya syaitan dan daripada kedatangan mereka.

Nota
Bab doa dewasa terbangun tidur tuh jangan ler pula meludah betul2.. Karang terkena muka isteri. Tak pasal2 terus tak boleh tidur.. Gaduh manja katanya.. hik3

P.S. Aku selalunya kalau terbangun kerana mimpi pelik2 lagi2 waktu pagi sebelum subuh, aku terus bangun ambil wuduk. Lepas tuh lakukan apa yang sunat. InsyaAllah.. mudah2an mimpi2 buruk tidak akan berlaku kepada kita..

0 comment... add one now