Kelebihan surah AL Fatihah


Assalamualaikum guys...  Kelebihan surah AL Fatihah. Sempena hari Jumaat yang berbahagia dan mulia ini mari kita ingati dan ketahui hadith tersebut dalam Sahih Muslim dari hadith al-Ala ibnu Abdur Rahman Maula al-Harwah dari bapanya dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW;
Firman Allah SWT yang bermaksud ;
  • Aku telah membahagikan solat (Al Fatihah) kepada dua bahagian. Separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi adalah untuk hamba-Ku. Apa saja yang di pohonkan kepada-Ku apabila hama-Ku berkata : 'ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMUJIKU'
  • Apabila hamba-Ku berkata : 'ARROHMAA NIRROHIM'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMBERI SANJUNGAN KEPADA-KU'
  • Dan apabila hamba-Ku berkata : 'MAALIKIAU MIDDIN'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MENGAGUNG-AGUNGKAN-KU'
  • Dan apabila hamba-Ku berkata : 'IYYAKANAK BUDU WAIYYA KANASTAIN'
  • Allah SWT menjawan : 'INI DI ANTARA HAMBA-KU DENGAN AKU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU'
  • Apabila hamba-Ku berkata : IHDINASSIRATAL MUSTAKIM. SIRATALLAZI NAANAMTA ALAIHIM GHAIRILMAGHDHUBI ALAIHIM WALAAD DALLIN... AMIN'
  • Allah SWT menjawab : INI UNTUK HAMBA-KU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU' 
'SADAKALLAHULAZIM'

Nota
Untuk renungan kita bersama bahawa setiap musibah yang di berikan Allah SWT kepada kita itu hanyalah dugaan yang hebat yang harus kita terima dengan redha. Dan setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Setiap penyakit dan masalah yang kita terima ada penawarnya. Bacalah dan amalkan SURAH AL FATIHAH untuk pendinding diri dan penawar segala masalah. Sebab itu DOA yang di mudah di terima Allah SWT adalah disedekahkan surah Al Fatihah terdahulu kepada Rasulullah SAW, Nabi2 dan sahabat2 baginda serta umat islam dan barulah berdoa...

P.S. Soon akan aku kongsikan setiap ayat2 Al Fatihah yang kita boleh amalkan untuk setiap masalah dan penawar penyakit....

0 comment... add one now