Khasiat buah anggur segar


Assalamualaikum guys. Khasiat anggur dan bijinya memang sangat hebat untuk dinilai. Selalunya apabila korang tiba2 rasa nak marah apa korang akan buat? Jerit kuat2? Baling barang? Membebel tak ingat dunia? Lepas tuh rasa lega tak? Kadang2 menjadi tapi kadang2 akan makin buruk pula situasi kemarahan tuh. Relax dan tarik nafas panjang2 kemudian hembus perlahan2. Istighfar banyak2 dan duduk bersandar dengan kaki menegak selama beberapa minit. Jika boleh ambil wuduk adalah lebih baik dan terus solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah... lega rasanya.

Selain dari itu buah pisang juga dapat menenangkan jiwa dan hati yang sedang kemarahan. Di sini ada sedikit info tentang kebaikan memakan buah anggur. Tidak kiralah anggur yang merah atau hitam atau hijau. Walaupun banyak perbezaan nutrien dan vitaminnya namun namanya tetap anggur yang boleh merawat pelbagai penyakit. 

KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR SEGAR
  • Mempunyai vitamin A,B,C,E dan K
  • Dapat menghilangkan bau mulut yang berbau
  • Mencairkan lendir dan kahak
  • Menghilangkan rasa lenguh dan letih
  • Menghilangkan perasaan marah/moody
  • Boleh menguningkan warna kulit
  • Menguatkan emosi (perasaan)
  • Mengubati penyakit batuk2
  • Menghilangkan rasa pedih atau sakit pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam
  • Menguatkan hati dan jantung (memang terbukti)

BIJI ANGGUR juga sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik. Kalau kita makan anggur jangan sekali2 di buang bijinya. Kunyah hancur dan telan. Kulit akan lebih cantik kerana kandungan vitamin E.

Nota 
Banyakkan khasiat buah2an dalam dunia ini. Pilih sajalah mana yang baik untuk santapan dan kesihatan kita. Banyakkan minum air masak dan makan buah2an serta sayur2an dapat memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit terutama yang senang mendapat selsema dan demam.

P.S. Aku suka minyak zaitun dan biji anggur. Buat salad sodap. 

0 comment... add one now