Resipi jus untuk kanser dan cerita raya lagi

Assalamualaikum guys. Resipi jus untuk kanser.
Alhamdulillah... dah 2 hari selamat sampai ke Brunei. Banyak jugak bekalan dari Malaysia aku pack termasuk ler kuih muih serta daun belalai gajah + sayur buah beet root. Kat sini aku tak jumpa plak kedai2 yang menjualnya termasuk pasaraya2 terkemuka. Tapi banyak2 barang2 yang aku shopping satu barang ni jer aku memang lupa giler. CILI KERINGGGGGG... Aku ter + tak terfikir nak bawak balik. Kat Brunei cili kering diorang tak sedap + tak umpphhhh + tak pedas. Kalau nak masak sambal atau asam pedas memang FAIL rasanya. Adusssss... nak buat camne. Kena pergi town beli cili kering thai. Kira bolehlah dari tak der. (nangis nih) sob sob sob....
Anyways, macam mana raya korang tahun nih?? Kitorang of coz ler syok giler beraya. Walaupun ada beberapa family aku tak dapat beraya sekali untuk raya pertama hingga ke tiga kerana masing2 beraya rumah mertuanya tapi still happening. Mak dah bagi2 keja untuk yang part masak, part kemas umah, part mop lantai dan part rebus ketupat. Hahahaha... yang part rebus ketupat of coz ler ABAH aku. Yang mengisi berasnya adik2 aku si Pit dan Cik Awe. Pandai adik2 aku masak ketupat dan lepat. Lembut dan gebus jer ketupat2 korang. Bab masak memasak serahkan kat mak dan aku. Tersengguk2 bangun jam 4 pagi masak rendang daging JOHOR, sambal goreng, sambal kacang dan ayam masak merah. Petang sikit baru aku masak Baryani Bombay... Hamik kau.. masing2 terkebil2 makan coz teruja sesangat tengok beras panjang2 dari Pakistan + kepedasan. Huhuhuhu... tapi lepas makan masing2 angkat ibu jari kata SEDAPPPPPP.... Arigato3....hik3...


Salah satu bekalan penting yang harus dibawa. Daun Belalai gajah dan sayur beet root.. Kalau nak daun belalai gajah tahan lebih lama sikit basuk daun dan terus bungkus dengan towel kitchen sedikit tebal. Simpan dalam bag zip lock macam gambar atas ini ke dalam fridge. InsyaAllah.. Walau sudah sebulan pun dalam fridge daun SSG masih segar bugar.


Daun belalai gajah yang hijau gituh. Aku tengok kat belakang umah aku lebat semacam daun nih tumbuh. Ini gara2 tangan mak mertuaku.. Dia kalau tanam apa pun pokok pasti yang nak mati hidup semula.. hik3



Sayur beet root organic yang merah menyala dari Suan Mokkh. Ada dijual di pasaraya Cold Storage 


3 Jenis buah2an yang boleh merawat penyakit KANSER selain bantuan daun belalai gajah atau SSG


Jus beet root dari campuran buah epal merah dan carrot merah... Rasanya manis dan berkhasiat. Yang tak ada penyakit pun boleh amalkan. Bagus untuk kesihatan dan diet. Tengok tuh.. Mr. Hubby minum sampai 2 gelas. Sedap tak sedap sental jer. Asal cepat baik. Nak cepat baikkan??? Meh cuba minum jus nih..

Cara membuat jus beet root resepi kedua untuk pesakit KANSER, diet dan kesihatan..
  • Sebiji epal merah
  • Sebatang carrot merah saiz kecil sederhana @ ikut suka saiz besar mana
  • Setengah biji beet root (lebih kurang 300gm) - saiz sederhana besar. 
  • Blend semuanya tanpa membuang kulit termasuk biji epal dengan setengah cawan air. Blend halus dan minum terus. Bagus minum semasa perut kosong.
  • Amalkan 2 kali sehari - Pagi dan petang @ malam
  • Niatkanlah dalam hati dan selawat serta Al Fatihah sebelum minum.. 
  • Doa, baca Al Quran dan solat hajat dilakukan juga agar segala penyakit dapat dipulihkan dengan izin-Nya.. InsyaAllah
Nota
Ada yang hanya mengamalkan jus ini selama 3 bulan dan pulih 100% dari penyakit KANSER. Kita cuba jika ianya boleh membantu. Usaha itu satu nikmat untuk kita dari hanya berserah saja tanpa berbuat apa2. 

Daun belalai gajah juga boleh diamalkan sekali dengan merendam beberapa helai (10 helai) ke dalam air panas suam. Biarkan selama 5 @ 10 minit dan minum. Minum semasa perut kosong. Selang setengah jam baru di susul dengan makanan buah2an dan makanan lain. Perbanyakkan makan buah2an yang tinggi vitamin C dan minum banyak air jarang/putih/masak. 

Gambar sebelah aku bekalkan Teh Daun Belalai Gajah suam dalam botol stainless steel dan sarapan dengan jus beet root 

P.S. Perbanyakkan makan makanan yang banyak serai, halia dan bawang putih juger bagus untuk pesakit kanser. Buah lemon jika dibuat minuman juga dapat membantu pesakit kanser. Pilihlah mana yang korang rasa boleh ikut. Kalau tak boleh telan jus beet root, buat lemon jus atau makan buah durian belanda atau buah2an yang tinggi vitamin C seperti berry's, passion (markisa/susu) dan serai... Selamat berminum jus... Mudah2an mereka yang menghidapi penyakit KANSER akan lekas sembuh dengan usaha, yakin dan doa kita semua.. AMIN

0 comment... add one now