Teh daun belalai gajah @ Sabah snake grass


Assalamualaikum guys.... Hari itu aku berkongsi info tentang khasiat daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass dengan cara membuat jus untuk penyakit KANSER. Tapi hari ini aku kongsikan lagi bahawa daun belalai gajah juga boleh di rendam dalam air panas dan suamkan kemudian baru diminum. Cara ini amat berkesan untuk penyakit seperti penyakit buah pinggang, kencing manis, gaot, sakit puan dan banyak lagi. 


Teh daun belalai gajah - Daun belalai gajah @ SSG yang sudah di rendam dengan air panas..

Cara membuat TEH DAUN BELALAI GAJAH @ SABAH SNAKE GRASS
  • Ambil 10 helai atau lebih daun SSG - belalai gajah
  • basuh dengan air tapis atau air masak - elakkan dari membasuh menggunakan air paip
  • rendam dalam segelas air panas 
  • biarkan selama 15 minit atau suam2 kuku dan minum
  • amalkan 3 kali setiap hari
  • daun yang telah di rendam tadi boleh juga dimakan
InsyaAllah akan nampak perubahannya. Tetapi mesti ingat semasa minum jus atau minum teh SSG ini haruslah berpantang baru nampak perubahannya. Baca SINI. Jika sudah pulih sepenuhnya jangan berhenti sebaliknya amalkan meminum teh SSG ini. Untuk kebaikan juga... Selamat berminum teh SSG

0 comment... add one now