Gula perang pengganti pencuci muka


Assalamualaikum dan salam ramadan.. Adik2, ibu2 dan bapak2 semua sudah selesai ker menyiapkan persiapan untuk Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi?? Masih ada yang lagi perhiasan yang perlu ditambah?? Kuih muih berapa jenis dah buat atau main beli jer senang?? Lampu lap lip dah pasang?? Malam nih dah masuk malam tujuh leko ibu2 bapak2 sekelian.. Lampu pelita dah di isi minyak tanah??... Bayangkan kalau lampu pelita tidak di pasang.. Suram jer rumah kitakan. 

Hmmmm.... Aku pula tahun ini tak buat persiapan apa pun. Cuma beli baju 2 atau 3 pasang jer termasuk baju untuk pakai ke majlis2 tertentu sahaja. Iyalahkan... kami berdua selalu travel. Rumah yang duduk sekarang pun sudah cukup kelengkapan. Sempoi jer. Tak suka crowded sangat sampai juling mata. Bersederhana adalah lebih baik. 

Ok.. Sebenarnya n3 kali ini bukan nak cerita pasal raya atau shopping raya tetapi nak kongsi cerita tentang cuci2 services. Hahahaha.. Cuci mukalah. Selalunya korang gunakan pencuci muka dari jenis buih halus, susu, gel atau pun yang krim untuk tanggalkan kotoran kat muka. Namun bukan semua cuci muka yang kita guna sesuai dengan kulit. Kadang2 tuh kulit boleh menjadi kering, berminyak dan rosak gara2 bahan kimia yang ada dalam pencuci muka. Honestly aku pun pakai pencuci muka berjenama EL dan S. Tapi sekarang dah tak guna dah sebab kulit aku tak sesuai dengan produk yang perasan mahal tuh kot. huhuhu...

Nak tahu produk apa aku gunakan sekarang? Tahu tak kerana gula inilah kulit muka jadi semakin cerah dan jerawat halus semakin pupus?? Apa tuh?? Taraaaa.... GULA PERANG... terperanjat? Jangan.. nanti batal pose. Hahaha.. tak der kena mengena pun... Ok.. jom kita cuba.

Caranya senang jer. Ambil dua atau tiga cubit gula perang (kalau tak der gula putih pun boleh) dan ratakan dengan sedikit air. Gaul perlahan hingga menjadi cecair dan sapukan pada kedua pipi, dahi, dagu dan hidung. Gosok dengan cara memutar perlahan2 dengan jari. Jika kering basahkan jari dengan air dan gosok lagi selama 15 atau 20 minit. Lepas tuh bilas dengan air biasa. Cuba pegang muka tuh apa rasa. Manis?? Of coz ler rasa fresh dan nampak bersih. Selepas itu sapukan pelembap lotion atau krim pada muka. Jika selalu amalkan kulit muka akan nampak cerah dan berseri2. Tapi kalau nak lebih berseri ambil wuduk dulu sebelum make up. 

Jika kulit muka terlalu berminyak sebaiknya guna pelembap jenis gel. Jika kering dan normal guna jenis berkrim atau liquid milk (fluid).

Nota
Buat setiap hari pun boleh asalkan jangan gosok kulit muka terlalu kuat kerana kulit muka amat sensitif. Amacam.. Nak cuba tak? Tak rugi pun.... Guna barang dari dapur jer... Selamat mencuci......

0 comment... add one now