Solat sunat Khusuf dan kusuf serta kejadian gerhana

 
kredit gambar untuk wiki

Solat sunat muakkad berjamaah kedua yang utama ialah solat gerhana, sama ada gerhana bulan (al khusuf) ataupun gerhana matahari (al kusuf). Solat ini disyaratkan pada Rabiul Awal tahun 10 Hijrah bersamaan Jun 631 Masehi. Pada hari itu berlaku gerhana matahari. Mengikut kepercayaan karut orang Jahiliah, apabila berlaku gerhana maka sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi.

Ditakdirkan Allah, pada hari tersebut anak lelaki Nabi bernama Ibrahim , wafat. Melihat hal itu ramailah orang islam percaya bahawa gerhana itu ada kaitan dengan kematian Ibrahim, anak Nabi. Ada yang mengatakan gerhana itu adalah mukjizat Ibrahim. Nabi mendengar kata2 orang itu. Setelah selesai mengkebumikan anaknya maka Nabi pun pergi ke masjid dengan tergesa2, lalu diajaknya orang Madinah solat gerhana matahari.

HIKMAH
Ramai orang bertanya mengapa kita solat gerhana sedangkan gerhana adalah kejadian alam? Memang dalam Islam gerhana adalah kejadian sunnah Allah, seperti disebut oleh Nabi "Bahawa matahari dan bulan adalah salah  satu dari ayat Allah SWT, bila berlaku gerhana maka bukanlah disebabkan seseorang mati atau hidup. Apabila berlaku maka bertakbirlah dan bersedekah dan dirikan solat" (Bukhari Muslim)

Solat yang didirikan pada masa gerhana bukanlah untuk menyelamatkan bulan dan matahari, bukan juga untuk mengelakkan bala yang akan datang. Sebaliknya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah disamping menanamkan pemikiran saintifik dalam budaya orang ilam. Orang Islam dikehendaki mengetahui dan sentiasa menyedari peranan matahari dan bulan dalam kehidupan manusia dan kehidupan lain di bumi.

Maka itu mengikut Quran orang Islam lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga bumi dan ekologinya supaya tidak rosak dan tercemar. Dengan mendirikan solat gerhana dan mendengar khutbahnya diharapkan manusia sedar akan tanggungjawab menjaga bumi di hadapan Allah dan berasa kerdil dan lemah terhadap Keagungan Allah SWT.

SOLAT
Solat ini lebih utama dilakukan secara berjemaah, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Apabila berlakunya gerhana, maka umat Islam lelaki dan perempuan yang berada di tempat berlakunya gerhana itu berhimpun di masjid atau surau, mendirikan solat gerhana secara berjemaah. Jika tidak dapat berjemaah, solat boleh didirikan bersendirian. Jika gerhana sudah selesai atau tidak kelihatan, maka berhentilah dari solat gerhana.

Mengikut riawayat "Bukhari Muslim", diputuskan oleh Mazhab Shafei bahawa solat itu dua rakaat, setiap rakaat mempunyai dua qiam, dua bacaan Farihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi kesemuanya mempunyai empat qiam, empat bacaan Fatihah, empat rukuk dan empat sujud.

Lafaz niat solat (gerhana bulan)
Sengaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat solat (gerhana matahari)
Sengaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Dalam solat sunat ini, bacalah surah yang senang dan lancar seperti surah as Syam pada rakaat pertama, surah al Lail pada rakaat kedua, surah Al Ikhlas atau surah Tiga Qul pada rakaat ke tiga dan keempat. Semasa solat dalam keadaan rukuk dan sujud haruslah perbanyakkan bacaan tasbih. 

Bacaan tasbih
SubhanAllah walhamdulillahi walaila haill allahhu wallahu akhbar - 100 kali atau sebanyak mana yang mampu

Nota
Sekiranya berjemaah di masjid haruslah diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkan dengan kepercayaan kepada Allah. Menyarankan supaya umat Islam berpegang pada fakta ilmu pengetahuan yang betul dan tidak percaya kepada khurafat dan kepercayaan karut. Memberikan penerangan kepada makmum supaya taat kepada Allah dan jangan membuat kerosakan di muka bumi. 

0 comment... add one now