KONGSI best tapi tak best


Salam kongsi untuk semua.. Siapa yang tidak tengok lagi ceta nih. Mesti ramai yang dah tengok kan. Kisah seorang gangster TEMULAK lakonan Shahiezy Sam atau SS. Errkkk betul ke aku eja nama dia? Belasah jerlah. Jalan cerita ini kira boleh tahanlah cuma quality gambar kurang menarik. Aku nak cerita panjang bukannya aku terer sangat cuma sebagai pembeli tiket panggung wayang TGV dan peminat cerita melayu aku pun ada hak juga nak kasi sikit complain ler mana yang tak puas hati tapi malas plak nak tulis panjang2.

Aku complain sikit jerlah yer pasal kualiti gambar movie KONGSI nih teruk giler. Naik pening + juling mata aku. Ada adegan2 yang pudar dan kelam gambarnya. Tapi stunt samseng TEMULAK memang best. Itu aku salute kat dia. Keseluruhan cerita ni aku kasi 3 bintang jerlah. Tapi untuk TEMULAK atau SS aku kasi 5 bintang pasal dia memang bagus.

P.S. Apa2pun tahniah untuk pengarah muda Farid Kamil. Belajar dari kesilapan dan teguran baru dapat pencapaian yang cemerlang..

0 comment... add one now