Daun sirih penawar batuk

Assalamualaikum guys...wahhhh.. apa khabar semua?? Lama tak update blog. Sorrylah guys coz aku balik kampung ler. Banyak perkara harus diselesaikan dan harus menziarahi Pak Uda aku yang baru keluar dari hospital kerana jantungnya sedikit bengkak. Aku ada syorkan padanya untuk mencari daun belalai gajah untuk dimakan. Alhamdulillah ada terjumpa di beberapa kawasan area rumah beliau. Aku cuma sarankan daun belalai gajah itu direbus sahaja dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Sebaiknya dilakukan pada waktu sebelum subuh. Kita tengok nanti macam mana perubahan beliau. Semua itu akan pulih dengan izin dari-Nya..

Ok guys.. sebenarnya n3 kali nih aku nak share dengan korang tentang sakti BATUK yang tak henti2 melanda tekak korang. Terkadang dah berbotol2 telan namun tak juga baik. Air masak dah bergelen2 minum tak juga reda. Ini ada satu petua baru yang aku baru dapat dari MAK aku sendiri yang telah mencuba pada dirinya. 


Jika sebelum ini ada yang pernah mencuba makan sesudu kicap manis dengan diperah limau nipis atau limau kasturi. Tetapi petua ini pula kita akan makan daun tersebut.

Cara2nya..
Sekeping daun sirih dan secubit gula. Letak gula ditengah2 daun sirih dan lipat seperti cara orang zaman dulu memakan sirih. Makan dan kunyah daun tersebut hingga terasa manis2 dan ditelan airnya. Air sirih itu yang akan mencuci tekak yang perit dan berlendiri serta gatal. Amalkan petua ini 2 atau 3 kali. InsyaAllah dengan izin-Nya. 

NOTA
Semasa memakan sirih tersebut, lendir atau kekotoran akan keluar. Itu adalah perkara biasa kerana sirih tersebut mencuci kekotoran yang ada di tekak. Selamat mencuba.

0 comment... add one now