Aimi Jarr @ Omar Puteh kembali ke rahmatullah


Kredit gambar dan info untuk sinemamalaya

Al Fatihah untuk pelakon veteran dan wartawan veteran Allahyarham Omar @ Abdul Majid bin Puteh atau lebih popular dengan nama Aimi Jarr 72 tahun selamat kembali ke rahmatullah jam 7.30 pagi tadi di rumahnya di Taman Melawati.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.

Allahyarham Aimi Jarr berasal dari Kampung Petani Kuala Terengganu, Terengganu dan beliau banyak juga berlakon filem walaupun sebagai artis jemputan seperti filem Pontinak Harum Sundal Malam, Gila2 Pengantin Remaja, MX3 dan Gila2 Pengantin. Beliau juga melakukan kerja2 dibelakang tabir sebagai krew filem. Jom baca kisah Allahyarham Aimi Jarr Belangsungkawa Aimi Jarr


P.S. Allahyarham Aimi Jarr adalah sahabat yang paling rapat dengan Allahyarham P. Ramli dan Saloma. Setiap kali cerita wayang terbaru P. Ramli keluar maka dialah orang pertama yang akan menulisnya.

0 comment... add one now