Pegawai SPRM belasah pegawai pemasaran dengan batang besi

Assalamualaikum guys... Rasanya dah beberapa hari tak update blog. Sesangat sibuk bebenor menguruskan kemasukan adik bongsu ke U. Hmmmm.... hari ni bila baca paper macam2 cerita ada. Lebih menyedihkan bila terbaca bab kemalangan motor + kereta. Kelmarin kita dikejutkan berita tentang tangisan bayi dalam kubur. Alhamdulillah bayi tuh masih hidup dan sihat. Siapalah punya kerja syaitan itu.. Memang kalau jumpa kasi pancung terus bagus.. Grrrrrr..... Dan hari ni pula berita mengejutkan di MK tentang cerita pegawai pemasaran yang dipukul teruk oleh pegawai2 SPRM di bahagian kemaluannya dengan menggunakan batang besi dibungkus surat khabar.


MalaysiaKini : Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.
Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.

Pukul di kemaluan, letak ais

"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.

"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.

Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.

Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.

Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.

"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.

Sivanesan  berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.

Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.

Nota:
Soalan yang masih menjadi tanda tanya apakah cerita yang disampaikan oleh pemangsa2 SPRM itu benar? Jika tidak masakan mereka berani membuat pengakuan ini? Masih menjadi tanda tanya adakah kematian dua tahanan SPRM membunuh diri atau sebaliknya dan kenapa mesti di Plaza Masalam?? Muskil lagi nih....


P.S. Came onlah... Kita tinggal di negara Islam Malaysia yang penuh harmonis dan aman. Tetapi kenapa masih lagi kita harus mendengar berita dan cerita yang penuh kekejaman ini.. Mungkin sekarang manusia2 yang menyeksa manusia itu terlepas.. Dan jangan ingat Allah SWT itu tidak melihat apa yang mereka lakukan kepada mereka2 yang tidak bersalah diminta mengaku bersalah.... Soon akan terbongkar jua akhirnya... Mungkin tidak di dunia tetapi di akhirat tak dapat ler nak mengelak lagi... zassssssss!!!! 
Pegawai SPRM belasah pegawai pemasaran dengan batang besi

0 comment... add one now