Doa penyakit segala Kanser

Assalamualaikum guys... Esok kejap jer dah masuk hari jumaat. Lusa hari Sabtu dan tulat hari Ahad. Hmmmm... laju benar masa berlari. Macam marathon plak. Kuasa Allah SWT memang hebat bukan.

N3 kali ini kita share2 baca DOA sama2 untuk sesiapa yang mengidap penyakit KANSER atau apa jua penyakit pun moga2 Allah SWT permudahkan segala urusan dan menyembuhkan penyakit yang berjangkit.

Untuk merawat pelbagai jenis BARAH atau KANSER, kombinasi bacaannya adalah :-
  • Baca surah Al Fatiha dengan satu nafas - kekalkan dengan tujuh wakaf walaupun satu nafas (maksudnya walaupun membaca tanpa menyambung ayat tetapi harus baca dengan satu nafas)
  • Baca surah Al Ikhlas 4 kali baca dengan satu nafas - sama seperti membuat membaca Al Fatihah
  • Baca doa mengecilkan bengkak seperti di bawah ini - ALLAHUMMA YA... (tengok gambar bawah) jangan lupa selepas menyebut MUKABBIRAS SOGHIR SOGHIRMA terus sebutkan nama pesakit bin (nama MAK) dan niatlah dengan seikhlasnya dan baca habiskan doa tersebut.
  • dan akhir sekali baca doa BARAH 


maksudnya : Wahai Allah yang MAHA mengecilkan benda yang besar dan MAHA membesarkan benda yang kecil kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit) Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihani

DOA BARAH


Nun, Walkolami wama yasturun. Maa anta binikmati rabbika bimajnun
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikma Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Surah Al Qalam ayat 1 - 2

Nota
InsyaAllah semoga doa ini dapat membantu sedikit sebanyak beban pesakit2 Barah atau penyakit2 yang lain agar selamat semuanya dan cepat sembuh... AMIN

P.S. Setiap penyakit ada ubatnya namun doa itu lebih mujarab dengan menadah tangan memohon kpd-Nya agar disembuhkan dari segala penyakit yang berjangkit.

0 comment... add one now