Malam pertama di SYURGA


Salam sahabatku.. 
"Malam pertama" di Syurga adalah gambaran kehidupan insan2 yang berjaya di sisi Allah SWT sehingga mereka layak bergelar "ahli jannah". Sebenarnya di syurga tiada dihadkan oleh dimensi ruang dan waktu, sehingga tiada malam ataupun siang di sana. Adapun "malam pertama" di syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya syurga, sehingga lebih indah daripada malam2 pertama pengantin baru.

Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana2 istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibayangkan. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan2 ahli syurga seperti firmanNya bermaksud;

"Itulah dia kesudahan kehidupan dunia" dan sebaliknya Allah menyeru manusia 
ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (yang selamat itu)"  

P.S. Rebutlah syurga akhirat daripada mengejar 
syurga dunia... tapi bukan syurga cinta.. syurga cinta di syurga lebih indah dan selamanya =) sambungggg daaa....

{ 8 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Selasa, November 23, 2010
mudah-mudahan kita tergolong dlm ahli jannah, insya'Allah
Abd Razak Abd Razak Selasa, November 23, 2010
Assalamualaikum Sis Nur...

Moga sis sihat hendaknya..

Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada-Nya, dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari-Nya. Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu, dan setiap amal yang dilakukan kerana Dia bererti untuk-Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti, maka balasannya adalah makhluk. Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah swt., balasannya adalah kedekatanmu dengan-Nya dan memandang kepada-Nya, kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu. Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia, jika dibandingkan dengan Dia?

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]
nurmisnan nurmisnan Selasa, November 23, 2010
salam meoww..
Amin.. insyaAllah..
Allah itu Maha pengampun
dan Maha Pengasih...
Sentiasa berdoa semoga
di dekatkan diri kepadaNya
dan mohon dijauhi dari segala DOSA..
nurmisnan nurmisnan Selasa, November 23, 2010
salam brothet Razak
Kenikmatan yang DIA berikan
kepada hambanya sungguh nikmat
sehinggakan kita tidak bisa
membayangkan betapa mewahnya
dan indahnya Syurga..

Amalan dan takwa
adalah bekalan untuk kita ke sana...
Buatlah apa yang DIA suruh
hindarlah apa yang DIA larang...
sekadar satu coretan sekadar satu coretan Selasa, November 23, 2010
salam nur...
semua org mahu kesyurga...tapi itu semua bergantung pd amalan didunia ini...hanya allah yg maha mengetahui...

mudah2an kite semua ditempatkan disana nnt...dan segala amalan kite didunia ini berkati utk bekalan disana nanti...inya'allah
white rose white rose Rabu, November 24, 2010
assalamualaikum kak nur...
alhamdulillah, semoga dengan rahmat Allah, kita semua ditempatkan ke syurga...

maka kena rajin2 laa kita menambahkan amal ibadah...
nurmisnan nurmisnan Jumaat, November 26, 2010
salam ain..
insyaAllah.. jika kita ikhlas dan tulus
pada suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya
Allah sentiasa tunaikan apa
yang diberikan pada Hambanya...

Semua manusia di dunia ini
mahu ke Syurga, tapi adakah kita
sudah siap sedia untuk ke Syurga?
Semoga kita semua di golongkan
orang2 yang bertakwa....
Syurga Fidaus... Aku juga mahu masuk Syurga itu... =)
nurmisnan nurmisnan Jumaat, November 26, 2010
salam cik putih..
kau benar.. hendak ke syurga
haruslah perbanykkan amalan
jangan bila senang lupakan-Nya
bila susah baru nak ingat pada-Nya

moga2 kita2 semua sentiasa
dijauhkan dari silaknat syaitan dan jin
yang sentiasa menyesatkan kaum adam hawa