Solat subuh yang berkesan sekali

Salam my dear brother's n sis..
Kita terkadang2 atau jarang2 atau tidak buat langsung solat subuh berjemaah walaupun berada di rumah. Masing2 bangkit subuh dengan solat bersendirian tanpa mengajak yang lain untuk berjemaah bersama2 sedangkan pahala jemaah itu sangatlah besar jika dibandingkan dengan solat bersendirian.


Bila bercerita tentang solat subuh, ingin aku kongsikan cerita pendek dari seorang sahabat dari Indonesia brother Andri. Jom kita baca cerita beliau yang menyentuh hati aku.

"Kejadian ini terjadi tahun 2007, saat saya dan teman2 dari Dinas Kesehatan Pontianak, ke kota Payakumbuh di Sumatera Barat. Tepat 20 tahun yang silam 1987, saya menjejakkan kaki pertama kali di Kampung halaman orang tua saya, Mamak di Matur, Maninjau. Bapak di Painan. Perjalanan berpisah 20 tahun dari kampung halaman bukanlah perjalanan sebentar.

Dari sekian perjalanan tersebut, yang paling berkesan di hati saya adalah saat Sholat Shubuh di Payakumbuh. Masjidnya di dekat tempat kami menginap, dekat Tower PDAM. Kenapa berkesan?

Karena terus terang, dari hampir 8-10 shaf. 2 shaf laki-laki, dan sisanya 7-8 shaf adalah perempuan. Dan rata-rata umurnya sudah separuh baya. Ini yang membuat saya tercengang. Tidak pernah dalam hidup saya, melihat jama'ah wanita sebanyak itu waktu shubuh. Kalo waktu Ramadhan biasa, tapi ini bukan bulan Ramadhan!

Saya merenung dalam hati. Kapankah ummat Islam dapat sholat shubuh sebanyak ini? Khususnya di tempat saya. Paling banyak hanya 10 orang. Itupun sudah tua-tua semuanya.


Saya teringat ucapan seorang ulama besar di Jakarta tahun 1990-an dahulu pernah berkata, "Ummat Islam akan bangkit, jika jumlah jama'ah yang sholat Shubuh, sudah sama dengan jama'ah yang sholat Jum'at!"

Jika hamba tak sempat melihat kebangkitan Islam itu Ya Alloh, izinkan anak keturunan hamba yang dapat melihatnya kelak. Amin...."

P.S. Sentiasa inginkan bersolat jemaah kerana bersolat jemaah adalah satu himpunan
sebuah keluarga yang sangat harmoni, ketulusan, indah dan ketenangan
yang sangat mendalam pabila mengadap 
MU YA ALLAH....

6 comments.. read them below or add one

Abd Razak Abd Razak Jumaat, Oktober 01, 2010
Salam Sis Nur...

Apa khabar, sihat erk!

Subhanallah ramainya. Saya pernah solat subuh seorang diri di salah sebuah masjid kat sini...
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Oktober 01, 2010
salam brother Razak
Alhamdulillah.. waras..

Alhamdullilah.. sejuk hati bila dengar
kaum wanita juga turut sama bersolat subuh jemaah..

kalau dah solat sorang2, mesti ada yang ikut belakang.. adalah tuh.. =)
rasp rasp Jumaat, Oktober 01, 2010
salam sis...
syukur setakat nie dapat gak le solat subuh berjemaah dgn famili...
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Oktober 01, 2010
salam sis rasp
alhamdulillah.. cukup aku bangga dengan family kau
semoga ramai lagi family di luar sana
yang mengamalkan solat berjemaah..

rugi sungguh manusia2 yang tidak mahu
mengerjakan solat jemaah beramai2...
budakkecik budakkecik Ahad, Oktober 10, 2010
Thanks for this very good sharing...dakkecik akan sentiasa igt utk berjemaah...
nurmisnan nurmisnan Ahad, Oktober 10, 2010
salam BK
alhamdullilah.. semoga kita sama2 mengerjakan solat berjemaah..

Bk.. kalau pegi masjid atau surau atau mana2 tempat yang nampak seseorang sedang bersolat keseorang,
tepuklah bahunya sebelah kiri atau kanan
insyaAllah boleh terus niat berjemaah