Keberanian Rasulullah s.a.w.

Salam sahabatku semua..
Pada zaman Rasulullah s.a.w. pahlawan yang sangat gagah dan berani adalah Saidina Ali bin Abi Talib. Namun Saidina Ali pernah bercerita "ketika peperangan sedang berlaku dengan hebatnya sehinggakan semua mata2 para sahabat telah kelihatan sangat merah akibat memerah tenaga yang sangat banyak dalam peperangan, kami semua berlindung di belakang Rasulullah s.a.w. Pada saat yang sangat genting itu kelihatan Baginda adalah orang yang paling dekat dengan pasukan musuh"
riwayat al-Nasaie Ahmad dan Al Tabrani

Imam Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan, pada sahabat telah berkata "kami bersama2 Nabi s.a.w. ketika perang Zaatirriqaa berehat di bawah sebatang pohon yang rendang. Kami meninggalkan baginda seorang diri, tidak lama kemudian datang seorang musuh dan dengan pantas menyambar pedang Nabi s.a.w. yang digantung di dahan pohon itu. Dengan pedang yang terhunus musuh mengancam dan berkata kepada Nabi s.a.w.;
"Siapakah yang akan membela engkau sekarang wahai Muhammad?"
Dengan tenang dan tegas baginda menjawab "Allah..!". Mendengarkan kalimah Allah tiba2 tubuh musuh itu menggeletar ketakutan. Nabi s.a.w. dengan tangkas merampas pedang di tangannya dan berkata kepada musuh itu;
"Sekarang siapakah pula yang akan membela kamu?"...

Begitulah serba sedikit cerita keberanian Rasulullah s.a.w. kita.. Semoga masih ada lagi umat2 Rasulullah yang gagah dan berani sepertinya di zaman ini sekarang. Tetapi haruslah dengan berjuang ke jalan Islam yang benar.. Bukan dengan jalan Islam yang terpesong.  Keberanian Rasulullah merupakan satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda sebagi pemimpin umat...

P.S. Ini adalah pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taatlah dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian Al Quran dan sunnah ku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang2 yang mencintaiku akan masuk syurga bersama2ku..."
Keberanian Rasulullah s.a.w.

{ 11 comments.. read them below or add one }

white rose white rose Rabu, Ogos 18, 2010
salam ramadhan kak nur...
saya selalu baca cerita ni...

memang menjadi iktibar kpd kita semua...
meowwmania meowwmania Rabu, Ogos 18, 2010
pesanan rasullah yg harus kita ingati, insya'Allah...
sahromnasrudin sahromnasrudin Rabu, Ogos 18, 2010
salam ramadhan..hanya ALLAH tempat kita berharap dan bermunajat...aminn....
alehkayong™ alehkayong™ Rabu, Ogos 18, 2010
Salam ramadhan dan salam perkenalan,

artikal yang melembut hati pembaca lebih-lebih di bulan ramadhan.

semoga setiap amalan kebaikan kita semua diterima Allah .
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 18, 2010
salam WR..
Alhamdullilah.. memang cerit Rasulullah
selalu menjadi bacaan utama kita semua

keberanian Rasulullah tiada tandingannya.. Sepertinya aku mahu mendapat
kberanian seperti Rasulullah..
Berani memperjuangkan Hak ISLAM..
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 18, 2010
salam meoww
InsyaAllah.. pesanan Rasulullah sentiasa kita ingat sampai mati..
Moga sunnahnya diamalkan selalu
dan AlQuran dibaca selalu..

salam sharom..
Semoga Allah selalu mmberi kita peluang untuk beramal ibadah kpd-Nya
nurmisnan nurmisnan Rabu, Ogos 18, 2010
salam alehkayong..
Terima kasih .. salam ramadhan dan perkenalan juga...

InsyaAllah.. semoga kita sama2 dapat diterima amal ibadah dibulan puasa ini ya..
transformed housewife transformed housewife Rabu, Ogos 18, 2010
mcmmana nak jd berani kalau ramai dr kita yg tiang agama pun diremeh-temehkan. Sedih sgt dgn fenemena ini.
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 19, 2010
salam Nur Transformer
zaman sekarang tak mcm zaman Rasulullah.. keberanian dan taat setianya pada agama dan Rasul sgt terpuji..

orang islam zmn sekarang lebih gemar memporak perandakn sesama bangsa dan agama sendiri hanya kerana kepentingn pangkat dan wang..

Utk berani melawan musuh Islam mgkn ramai tetapi tidak seberani seperti Rasulullah...
darkbatman darkbatman Khamis, Ogos 19, 2010
kdg2 biler masuk ramadhan bru ler nk ingat sume ne kan.. terutama aie.ahahaha
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 19, 2010
salam darkbatman..

Tidak mengapa.. asalkan kita sedar yang bulan ramadhan ini banyak
pahala yg berlipat ganda
dan boleh mengubah seseorang
kepada yang lebih baik..

tidak mustahil bukan. =)