Jadi MAKRUH jika menahan hajat kecil @ besar

Salam sahabatku..

Pernah tidak apabila kita sudah ada wuduk dan mahu bersolat jemaah atau sendirian tetapi tiba2 terasa ingin melepaskan sesuatu seperti mahu berhadas kecil atau besar?. Kita sayangkan wuduk dan solat jemaah kita sehingga sanggup menahan dari berhadas?. Pernah lakukan perkara ini? Tahukah apa hukumnya?

Hukumnya solat kita akan jadi MAKRUH. Sewaktu kita mahu bersolat atau sedang bersolat jemaah beramai2 atau sedang membaca al Quran tetapi tiba2 terasa hendak membuang air kecil atau besar maka kita haruslah segerakan hajat itu. Berhenti solat atau membaca Quran dan segeralah tunaikan hajat kecil / besar dahulu. Selepas  itu ambil semula wuduk dan sambung kembali solat atau bacaan Quran kita.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan;
"Jika kamu ingin menunaikan sesuatu sewaktu istiqamah maka segeralah kamu menunaikan hajat kamu dahulu" (hajat kecil atau besar)
Rasulullah s.a.w. berpesan lagi;
"Kamu ada hak untuk tanggujawab menjaga badan kamu dari berlaku sesuatu" (hajat kecil atau besar)

Dan lagi Para Ulama pernah berkata "lebih sempurna beribadah kepada Allah s.a.w. apabila diri dalam keadaan bersih daripada sesuatu seperti hadas kecil atau besar"
 
P.S. Jadi sebelum berwuduk haruslah memastikan kita menunaikan hajat badan kita dahulu sebelum mengganggu solat kita. Jika tiba2 semasa bersolat 
@ sedang membaca Quran dan terasa mahu berhadas
 kecil @ besar tetapi sayang hendak batalkan
solat maka solat itu dikira makruh
Jadi MAKRUH jika menahan hajat kecil @ besar

{ 20 comments.. read them below or add one }

Abd Razak Abd Razak Ahad, Ogos 22, 2010
Salam...

Moga awak sihat hendaknya dalam menjalankan ibadah puasa..

Di dalam kitab riyadhus sholihin, Aisyah berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna solat seorang muslim apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil." (Muslim)

Namun ada pula yang berpendapat jika solat itu hampir selesai maka dianjurkan menahan jika memang mampu.

Wallahu'alam
NURA NURA Ahad, Ogos 22, 2010
Salam Nur,
Info yang bagus. Sorry dah lama tak tulis komen kat entry Nur. Tapi kak zai selalu baca..harap2 Nur dan keluarga sihat. Selamat menjalani ibadah puasa.
udanggalah udanggalah Ahad, Ogos 22, 2010
Salam Nur..Sebab itulah syarat-syarat sah solat itu termasuk
suci dari hadas kecil dan besar(sudah berwuduk dan sudah mandi wajub jika ada sebabnya)egitu Perkara makruh begitu dituntut supaya dihindari..
mila.ibunajihah mila.ibunajihah Ahad, Ogos 22, 2010
salam, very interesting info and indeed very intereting blog.

trima kasih, saya follow awak juga =)
alehkayong alehkayong Ahad, Ogos 22, 2010
dengan menanguh ibadat utk kadar hadas diboleh kan.apa lagi.. guna lah 'pakage' ni.pas tu bewuduk dan teruskan ibadat,dengan menahannya jadi makruh pula,n3 yg berilmu.
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
salam AbdRazak
Ana alhamdullilah.. terima kasih bertanyakan khabar.. =)

Agak rumit juga jika banyak pendapat dari ulamak dan hadis.
tapi sebaiknya kita gunakan hadis dari Rasulullah, lebih afdhal

Teruskan solat kerana hampir tamat walaupun diri mahu berhadas besar atau kecil itu dibolehkan tetapi jgn sampai mengganggu solat hingga badan menggigil kerana menahan. maka batal solat itu. Wallahualam

p.s. sebaiknya berhenti bersolat dan segerakanlah hajat kamu.. =)
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
salam kak zai
Yalah.. lama tak berhubung dan dgr khabar berita..
kitorang sekeluarga alhamdullila sihat walafiat..

Alhamdullilah.. info yg beguna harus kita kongsi agar mana yg tidak diketahui blh diperbetulkan..

selamat berpuasa dan memasak =)
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
salam udangGalah
Benar brother.. sememangnya harus besuci dari hadas kecil/besar seblm melakukan solat..

biarlah kita bersolat dgn keadaan yang sgt tenang,
kusyuk dan tawaduk kerana Allah
tanpa gangguan perkara lain.. =)

selamat berpuasa dan memasak.. utk berbuka ada masak udang galah ke bro. hehehehe =)
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
salam alehkayong..
sekadar berkongsi pengetahuan yg masih lagi belajar ilmu agama

Dr. Harun Din juga menegaskan agar
kita berhenti bersolat jika
diri ingin melepaskan hajat kecil atau besar
dikuatiri akan mengganggu solat dan batal.

terima kasih sudi komen di blog kongsibersamanora. insyaAllah ana akan berkunjung ke blog sahabat2 semua..
selamat berpuasa dan memasak.. mesti lauk hari ini special =)
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
salam mila..
Alhamdulillah.. terima kasih sudi ziarah dan komen di blog ini.. =)

dan terima kasih kerana follow blog kongsibersamanora.
InsyaAllah... mudah2an info yg baik dan berguna
dapat dimanfaatkan bersama..
tetapi jika ada kesilapan dalam penulisan aku
harapan sudi2 ditegur ya... itu lebih baik..

selamat berpuasa dan memasak. ada ribena bandung tak utk berbuka? =)
meowwmania meowwmania Ahad, Ogos 22, 2010
betul tu...

kasi buang dulu abis2 semua.. besar, kecik, angin hehe...lagi2 klau nak solat lama cam terawih, lama woo nak tahan silap2 kang jadik penyakit lak :D
Nur Nur Ahad, Ogos 22, 2010
salam meoww...
Hmmmmm.... seboleh mungkin mesti ada makan yogurt masam setiap hari
untuk menyenangkan hajat besar.

jangan sekali2 menahan dari menunaikan hajat kecil @ besar kerana
bimbang mendatangkan penyakit lain.

thanks meow komen kat sini.. selamat bermakan malam.. =)
transformed housewife transformed housewife Isnin, Ogos 23, 2010
terima kasih atas perkongsian ini. Sy pun tak tahu pasa hukum ini sblm ini.
white rose white rose Isnin, Ogos 23, 2010
salam kak nur...
yang ni abah saya ade terangkan kitab mengenai solat yang dibelinya di mekah...
kitab dlm b.arab, sy bukan paham...kena tggu abah transletkan bru laa saya faham...hehehe...

ade lagi kak...kalo kta solat dalam keadaan mengantuk teramat2nya, diharuskan kita tido sekejap baru laksanakan solat itu semula...

tapi mampu ke buat mcm 2? jawabnya solat ntah kemana, mimpi kita pun ntah kemana...
Nur Nur Isnin, Ogos 23, 2010
salam WhiteRose
Hmmmm... kena tggu le abah kamu translate nanti
jgn lupa share kat blog ok..

sebenarnya adab dan hukum2 solat ni banyak dan panjang;
aku cuma isi apa yg penting dan pendek..
n3 panjang org boring baca dek non..

menguap dan bersin juga harus di tahan dan jika blh jgn berbunyi kerana
syaitan akan ketawa.. >__<

mampu ke tidak terpaksa juga kan tapi
itulah takut sampai ke laut.. huhuhu =)
Nur Nur Isnin, Ogos 23, 2010
oppss... menahan menguap dari berbunyi dan membuka mulut besar2 adalah dipuji dan disukai Allah..
Nur Nur Isnin, Ogos 23, 2010
salam Madam Transform
Alhamdulillah.. apa yg ada di kongsikan di sini.
blueCITY® blueCITY® Isnin, Ogos 23, 2010
salam,
heheheh tq sharing ilmu ni
saya pun kdg2 tahan gak cuma tak kalau tak tahan sangat, kena lah henti kan. tapi setakat ni tak pernah lagi terasa cuma nak kentot mungkin ada lah kot, heheheh
Nur Nur Isnin, Ogos 23, 2010
salam BLUE
No mention. sama2 kongsi ilmu =)

Hmmmmm... bab nak terbuang angin tuh biasalah lumrah manusia.
byk mkn halia mesti nak terasa kan..
huhuhuu... gurau. kalau bab nak buang
angin tuh blh ditahan kerana tidak memudaratkan solat.

pandai gurau juga cik BLUE kita ni