Oh ibu...

Kadang2 sebagai anak kita tidak perasan yang kita telah menyakiti hati mak kita.. Secara sengaja atau pun tidak.. Terutama bila berkata2 dan perbuatan yang sememamgnya kita tidak menjangka akan mengguris hatinya.

Aku baru saja habis menonton drama astro prima bertajuk "Oh ibu" lakonan Aaron Aziz (Haikal), Julia Ziegler (Zetty) dan Sheila Mambo (Mak Haikal) .. Seriously memang best. Mengisahkan seorang anak melanjutkan pelajarannya ke London dan bercinta dengan seorang anak Tan Sri bernama Zetty dan tinggal serumah bersama keluarganya. Kehidupan Haikal berubah sejak dia menguruskan semua bisness milik papa Zetty. 

Satu hari Haikal mengajak Zetty untuk pulang ke kampung menziarahi ibunya. Sikap Zetty yang biadap tidak menghormati ibu Haikal dan farida telah membuatkan mak Haikal tidak berapa suka padanya sehinggalah mereka berkahwin dan ibu Haikal tinggal bersama.

Satu hari ibu Haikal dengan tidak sengaja telah terlepas pinggan dari tangannya, Zetty telah menjerit dan memarahi ibu Haikal lalu dengan sengaja telah memijak tangan ibu Haikal tanpa dilihat oleh Haikal. Sejak itu ibu Haikal meminta Haikal menghantarnya pulang ke kampung. Zetty senang hati. 

Di kampung ibu Haikal menelefon Haikal untuk melepaskan rindunya tetapi dijawab Haikal dengan perkataan "Haikal bz ibu, ada masa Haikal call balik ok" dan terus cut off..

Selang beberapa hari Haikal mendapat call dari Farida (sahabat Haikal semasa kecil) menyatakan yang ibunya sakit tenat tetapi Zetty telah mematikan handphone Haikal. Keesokkan harinya Haikal bercadang untuk pulang ke kampung dan mengajak Zetty bersama namun diberi alasan yang dia muntah2. Zetty mengandung dan baginya alasan mengandung cukup kuat untuk menghalang Haikal dari pulang ke kampung.

Pergaduhan berlaku sehingga Zetty di tampar oleh Haikal. Mama papa Zetty sangat marah kerana mereka tidak pernah berbuat demikian. Haikal rasa bersalah dan memohon maaf namun di balas hina oleh mama Zetty. Haikal terus keluar rumah  dan pulang ke kampung. Setibanya di kampung, terdapat ramai orang datang kerumahnya. Haikal terus mendapatkan ibunya. Dipeluk tubuh ibunya yang terbaring lesu tidak bermaya dan menangis2 memohon maaf. Ibunya sempat berkata sesuatu kepadanya;

"Haikal dah balik, Haikal jangan nangis, Haikal kena kuat" dan sesaat kemudian ibu Haikal menghembuskan nafas yang terakhir. Haikal terpandang gambarnya di genggam erat oleh ibunya. Cukup shahdu ketika itu. Imbasan kenangan bersama ibunya telah bermain difikirannya.. Dia menangis dengan penuh kekesalan.. sudah tidak berguna lagi.

Di tanah perkuburan Zetty datang memohon maaf kepada Haikal dan ibunya namun semuanya sudah terlambat.

P.S. Yang best dalam cerita ni sewaktu Haikal menguruskan jenazah ibunya sehingga ke liang lahat. Really touching u know.. =(

Pic my lovely MAK. Pesan untuk Mak aku... aku terlalu sayang padamu mak.. i love u n care bout u... muuahhhh

5 comments.. read them below or add one

rasp rasp Selasa, Jun 22, 2010
uish, crite nie sounds best lah plak..
pengorbanan & kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingannya kan sis...
smoga ibu2 kita dilindungiNya slalu...
i love my bonda tooooooooooo....
meowwmania meowwmania Selasa, Jun 22, 2010
dah tgk gak citer nih, mmg sedih meruntun hati sob sob..
nurmisnan nurmisnan Selasa, Jun 22, 2010
sedih sangat2 hingga tak perasan air mataku mengalir.. (cry)

sedih tuh.... kalau boleh jangan le jadi mcm Haikal. Takut nanti anak buat kat kita balik..
nurmisnan nurmisnan Selasa, Jun 22, 2010
Amin rasp...

semoga semua ibu2 dilindungi Allah s.w.t..

Maybe cerita ni ada ulang tayang lagi. tungguuu.. =)
pinkcolour82 pinkcolour82 Sabtu, Mei 19, 2012
baru lepas tengok...best sangat cter nie