Sadani Safari N Mikumi National Park Tanzania ...

Salam malam sambut pagi Jumaat... Ermmmm... Mata tak mengantuk jadi aku update le post aku yang dah nak basi ni. Esok plak ada janji temu dengan teman lama. Dah bertahun2 tak jumpa. Jangan nanti jumpa aku plak yang tertdo masa makan lunch. Parahhh...

Oklah... sambung ceta. 2  hari lepas aku ceta pasal Afrika. Kali ni aku ceta lagi pasal cuti2 mesra di Afrika. Jangan marah aahhhhh... nanti kena jual. Hehehehe... Cuti kali ni di Sadani Safari dan Mikumi National Park Tanzania.. Masa ni kitorang pegi tahun 2007.. Cuti sekolah anak.. Mr. hubby bawa bercuti kesini dulu sebelum kitorang sambung cuti di Pulau Zanzibar.. Kitorang pergi ke sana dengan menaiki kereta sendiri jenis 4x4 Toyota Rav 4. Perjalan mengambil masa selama 3 - 4 jam. Jalan jangan ceritalah beb.. Masuk kampung jalan tanah merah. Berlobang sana sini.. Dah macam naik unta. kihkihkih...

Finally kitorang tiba di Sadani Safari. Kematu jugaklah punggung aku nih. Yang si kecik sampai tertdo.. Dia kurang suka travel jauh naik kereta. Asyik tanya 'R we there yet' banyak kali, tapi mata pejam.. aku blurr... (ngeluh)

Bergambar di hadapan chalet yang betul2 berhadapan dengan pantai.. Yang bestnya chalet ni ada katil yang di letakkan dalam bilik luar. Siap kelambu lagi. Gambar atas belah kana... Kalau tdo kat situ syokkkk... angin tiup shahdu... makin lena..

Gambar dalam bilik kitorang tak berapa elok nak share kat sini.. ada sikit seksi.. ini aku pinjam gambar dari page diorang.. klik sadani disini.. 

Yang ni plak ruang rehat + tempat makan. Monyet2 kat sini nakal2. Jangan le lepa makanan atas meja. Memang dia tunggu je nak ngap. Tapi masa kitorang stay tak ada plak monyet2 ni kacau.. Dia tau orang Malaysia kot.. Hehehehe... 

Alamak.. gajah tengah berehat.. shhhhh... jgn bising.

Aku suka tengok dinding pagar diorang yang diperbuat dari buluh. Unik sehh..... 


Dinding pagar dari buluh. Sangat kuat. Dan yang tergantung tuh Humpback Dolphin. Menurut cerita tuan punya lodge diorang jumpa tulang ni dan terus di gantung ke dinding.

Ini rumah rehat tiga segi.. syok rehat kat atas ni. Walaupun masa ni panas giler tapi angin kat sini kuat.. angin sepoi melintang.. kihkihkih..

Lagi gambar pinjam dari page Sadani. Ini adalah tempat rehat Mkadi bar. Tapi masa kitorang datang tak ada pun minah/mamat saleh lepak minum bear.. Banyak minum coke dan coffee je.. Ada lagi satu bilik perpustakaan... cantikkk bangat. Kreatif sungguh decoration diorang. Lupa nak snap coz terpegun dan kusyuk baca buku...

Apa yang bestnya Mkadi bar ni pasal tempatnya yang so relaxing.. ngeteh, kopi + borak2 kat sini memang bestt.. Nak2 yang tengah syok bercinta.. Romantik gituh...
Lepas pusing2 dalam lodge diorang sediakan dessert buah2an. D lodge ni semua perabot di perbuat dari kayu pokok. Pokok apa?? ahhh.. ini yang kita tak tau nih.. Aku tanya gak tapi lupa coz dah 3 tahun der.. lupa nak catit.. hehehehe

Ni anak kawan aku si kembar siam 3.. Zura, Zara dan Zira.. Tapi yang nampak cerdik si Zara sebab dia yang sulung. Teringat masa mereka datang ketuk pintu ajak Syarah main sama2. Kebetulan kitorang baru je nak keluar b'fast.
Mr. Hubby : 'How r u'.. 
Zara : im fine (pertama jawab)
Zura : fine (kedua jawab)
Zira : fine (ketiga jawab)  jawapan tidak serentak tapi berturut2 (comey) kitorang senyum je..

Syarah depan bilik kitorang....

Bergambar dengan salah seorang tuan punya Lodge Sadani ni. Namanya Mr. John Labu.. hehehehe.. gurau. labunya tak de.. aku tambah.

Sedang menunggu geng2 yang lain untuk memburu menaiki Land rover... Masa ni kitorang pegi sekitar jun - julai. memang tengah banyak Hipo dan Crocodile..

Atas bot.. tengok le mr. hippo sedang berdating... Kalau dengar diorang bunyi.. mak aiii.. dah macam motor bot.. kuat sehhhh..

Salah satu babak dalam drama 'tilamku beralas pasir' Shahdu bunyinya....

Ungka.. Tinggi betul dia panjat.. Gambar tak berapa nampak. Aku zoom sikit dah jadi kelabu. Yalahkan.. guna camera kecik... Ungka ni cantik warnanya. perang2 putih.

Lepas balik dari tengok mr. hippo, mr. crocodile, mr . ungka dan lain2 kitorang di bawa ke tempat buat garam... disinilah mereka memproses garam halus...

Ini adalah rumah orang swahili.. Kampung swahili.. rumah mereka diperbuat dari tanah yang bercampur batu berangkakan kayu pokok..

Sewaktu kitorang singgah sekejap untuk mengambil gambar, mereka terus menuju ke arah kitorang. aku berilah 2 - 3 pek biskut pada mereka. Kesian tengok..

Ni le rupa dinding rumah yang diperbuat dari tanah dan batu berantingkan kayu pokok. Aku pernah tanya tahan ke dinding ni.. Diorang cakap tahan... iyalah kot.

Kanak2 sekolah kampung swahili bermain bola. Tahan lasak betul diorang nih.. Tengah2 panas tuh... itu sebab stamina diorang kuat... bagus bagus...

Depan pintu masuk Mikumi National Park.. Atau aku kata zoo ternganga... (kidding) Cik adik kasut merah nih... sampai terkangkang kau bergambar ya.. ishkk ishkkk... 

Aku dan mr hubby ketawa lihat gelagat syarah.. Kitorang suruh bergambar dengan rusa hidup nih, dia percaya betul.. itu yang muka seposen.. takuttt...lepas dapat tahu running kudu tuh patung dia cool plak...

Cantik burung ni.. Nama dia 'aku terlupa'.. nanti le aku cari buku Afrika aku balik k.Warna bulu bahagian belakang burung ni cantik... berwarna warni...

Running Kudu : Apa yang kau buat tuh ha labu...tanduk aku ni standby je nak sondol punggung korang..

tengoklah lubang hidung dia... besarrr punya..

Running kudu denga kuncu2nya... 'Alamak posing sikit' banyak plak yang interframe..

Giraff 1 2 & 3 : 'shot cantik2 ok'
Giraff 4 : oppss.. sorry. aku tengah lapar.. tak kuasa nak layan photo kau.. boleh blah...

Gajah dengan kuncu2nya.. Waktu semakin gelap menunjukkan gajah semakin hilang.. singa pun kitorang tak dapat jumpa.. Tapak adalah... nak buat apa. citttt!!

Zebra a.k.a kuda belang... cute sangat. Rasa macam nak tunggang je.. teringat cerita Madagascar... Apapun kalau nak tengok binatang paling banyak dan paling famous tempatnya adalah di Ngoronggoro Tanzania.

Dulunya menurut cerita lagenda budak setan ..opppss tersasul.. bukan lagenda tuh ya... ada taik bintang jatuh di Ngoronggoro. Kesan taik bintang tuh sangat le besarrrr... Lebar dan lebar besarnya tidak pula aku ingat, nanti carilah. Tetapi kesan taik bintang jatuh tuh berbentuk bulat dan dalam seperti ceruman bukit.. Sejak itu binatang2 tinggal di situ.. 

Soalan : berapa banyakkah binatang2 ada di situ??
Jawapan: tersangatlah banyaknya.. berjuta2 lemon..

Cukuplah aku cerita pasal cuti2 mesra alam kitorang di Sadani Safari dan Mikumi.

P.S. Kalau korang rasa2 nak tengok zoo terbuka dan bermacam2 binatang, korang pegilah ke Ngoronggoro Tanzania.. Paling famous dan cukup puas hati... Ok.. selamat beristirehat dan enjoyed ceta aku ya.... Salam

{ 11 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Jumaat, Mei 28, 2010
wahhh sonoknya dpt tgk live haiwan haiwan tu kann....(teruja!)
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Mei 28, 2010
salam meowww..

memang sonok... ehhhhh.. ikut bahasa kau plak.

best giler.. cuma kurang sikit kat Mikumi tuh coz binatang tak berapa banyak..

terima kasih tngok tv (vi)
yuk komen lagi...
ummiluqman@azma ummiluqman@azma Jumaat, Mei 28, 2010
bestnya kat sini..binantang tak terkurung dan bebas.. mcmana weather kat sana panas tak?
Sufi Asri Sufi Asri Jumaat, Mei 28, 2010
terpegun.. seronok.. gembira n tak tahu nak kata apa...

nak komen pon x tahu.. bak kata entry nie mcm2 ada... haha.. terasa teringin nak pergi jugak kat sana.. hehe

nie yg rasa nak belajar betol2 nie.. nak kerja bagus n kumpul duit gi melancong kat sana.. haha...

tapi yang kelakar dalam nie, nama burung tue la.. buru "aku terlupa".. hahaha
My Book Writer My Book Writer Jumaat, Mei 28, 2010
Nur, wahh... bestnya. Tapi part yang paling aku suka, chalet dia yg comel dan katil berkelambu kat luar tu... Nampak sangat nyaman. Hehe... ;D TQ for sharing.
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Mei 28, 2010
Salam Ummu

Kat Mikumi tidak banyak sangat binatang jika dibandingkan dengan
Ngoronggoro..

Kat Sadani dan Mikumi sangat panas tetapi angin tepi pantai sangat kuat..

Tepung pulut masak koci
datang lagi kalau free... Gd day
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Mei 28, 2010
salam mr. zoro
Bak kata pak Astro 'mcm2 ada..'
suka kau le nak komen apa..

bagus le.. belajar sungguh2 supaya
keinginan kau tuh tercapai

kalau makan fulai lemak
jgn lupa tinggal sikit
kalau hati tidak tamak
insyaallah rezeki datang berderet2
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Mei 28, 2010
salam s820
katil kelambu kat luar tuh memang syok dan selesa giler..

tilam dibuat dari 100% kekabu pokok. sangat2 le sejuk dan empuk

kalau baring kat katil tuh confirm mimpi ikan jaws datang.. hehehe...

tapai pulut tapai ubi
datang lagi.. Gd day
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Mei 28, 2010
zoro
nama burung tuh aku lupa le..

kau ni buat tajuk terlampau plak..

sempoiii
areev19 areev19 Sabtu, Mei 29, 2010
wallaweh..afrika tuh... terbaek la..dpt tgk haiwan liar =)
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mei 29, 2010
salam areev19
wahhh... tak sangka kau pun peminat binatang ya.

kalau kau nak tgk binatang paling
banyak dan terbaik serta famous
kau pegi kat Ngoronggoro Tanzania.
D best n d best....

Kat situ kau akan terpegun
melihat berjuta2 binatang ada..

Salam keruk duit mari
jangan lupa komen lagi