gangguan seksual di pejabat...??

Pernah ke di antara anda menghadapi  gangguan seksual di pejabat?..  Tapi kalau kena pada Nur lama dah silat terbang keluar.. *laugh*.. apapun kita cubalah cara ini. Insyaallah boleh membantu sedikit masalah yang di hadapi. Yang penting mesti berani. Jangan kerana takut kita sanggup hadapi semua hanya kerana risau/takut hilang pekerjaan.. Gangguan seksual di tempat kerja merupakan satu pengalaman yang amat mengerikan dan menyeksa perasaan mangsanya. Mangsa akan menghadapi perasaan tertekan, benci, marah, cemas, gelisah, sugul, terhina dan hilang pertimbangan sehingga menjejaskan emosi, psikologikal, kesihatan dan fizikal mereka. Namun kajian meluas mengenai topik ini belum begitu banyak dijalankan di negara ini
1. Maklumkan dengan tegas kepada pengganggu yang kelakuannya tidak disenangi dan minta dia berhenti berbuat demikian

2. Jika orang tersebut terus mengganggu, maklumkan kepada seseorang di dalam organisasi anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini (pegawai persnal atau kaunselor, rakan sekerja/wakil kesatuan pekerja)

3. Beri amaran kepada si pengganggu secara bertulis termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak disenangi itu. Katakan padanya bahawa tindakan akan diambil jika dia meneruskan bangguan terhadap anda

4. Buat salinan surat tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya

5. Rekodkan segalan apa yang berlaku dengan teliti , tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, bagaimanaperasaan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya

6. Jika Pegawai atasan anda yang mengganggu, bincangkan dengan orang yang lebih tinggi jawatannya, kepada pegawai personel anda, wakilkan kesatuan pekerja di tempat anda atau dapatkan bantuan dari Kementerian Buruh yang boleh memberi kaunseling dan bantuan

p/s: Di tempat kerja  bukan saja kes macam ni berlaku, kes buli, dengki dan khianat pada rakan sekerja pun ada. Lagi-lagi bab buli. Yang berpangkat tinggi buli orang bawah sampai kena siapkan keja hingga malam.. Bila dah lewat pulang kena plak hadapi masalah bebelan isteri/suami di rumah... Inilah lumrah hidup manusia. Selagi kita boleh bertahan kita cuba dan selesaikan dengan baik...


                       salah satu babak dalam lif..

Lagi tip mengenai gangguan seksual..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm
gangguan seksual di pejabat...??

4 comments.. read them below or add one

dina dina Isnin, Januari 25, 2010
tu pasal org pompuan ni kena ada ilmu menendang dan menepis sket. Kalau tak dah kena dah...hehehe
NURA NURA Isnin, Januari 25, 2010
Betul tu, kena ada kemahiran tendang-menendang atau tampar-menampar. Tidak pun ambil air curah atas kepala dia.
Nur Nur Isnin, Januari 25, 2010
hai dina..
memang betul.. sekarang perempuan kena paswang silat cekak sekali pegang 10 kali kena cekak.. hehehe
Nur Nur Isnin, Januari 25, 2010
kak nura
tendang menendang ni yang syok..
kalau surah air, esok dia buat lagi.. coz air tak memberi tobat pada si penggatal. kalau air panas ok. huhuhuh