berhenti dari membuat pocoh- pocoh

Salam... disini Nur nak kongsi sedikit mengenai tarian pocoh-pocoh yang sangat popular hingga sekarang.. pernah tahun lepas nur ada menerima email dari teman tentang tarian ini yang katanya bukan berasal dari indonesia. Tapi waktu itu tidak pula nak berkongsi disini tapi sekarang terpaksa nur tulis balik artikel ini kerana ada teman-teman nur masih lagi melakukan tarian pocoh-pocoh ini. Jadi selepas Nur terangkan pada mereka barulah mereka faham dan berhenti dari aktiviti seharian. Di fahamkan ramai jugalah teman VIP teman yang tidak tahu akan hal ini.. Jadi ini ada sedikit artikel dari email yang Nur terima.. mungkin kita patut renungkan..
Email...
Alhamdulillah kerana Kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat Kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah Dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin Kita x perasan kerana Kita suka mengikut-ngikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa..

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan Kita sedangkan Kita tahu apabila Kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka Kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah Kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan Dari kiri?Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan Seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis Dan anda semua supaya mengambil Inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata Mensyirikkan Allah tanpa Kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan Daripada Allah S.W.T atas kejahilan Kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci Tentang kesahihan perkara ini,asal usul Dan kesannya kepada akidah Umat Islam Dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian Dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....
berhenti dari membuat pocoh- pocoh

2 comments.. read them below or add one

gayapeneroka gayapeneroka Ahad, Januari 31, 2010
saya copy artikal ini
minta izin
Nur Nur Ahad, Januari 31, 2010
salam
boleh brother.. silakan