Menantu yang sengal

Cerita pendek dari email.... KELAKAR ATAU....

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV,

bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil

memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu.

Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil

pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua

yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua mengucap.

Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan.

Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa

mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..”

Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata:

“Bila masa kaujadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”
Menantu yang sengal

2 comments.. read them below or add one

hikayathati hikayathati Selasa, Disember 15, 2009
Hahhaha...menantu tu terlebih advance..kihkih...
nurmisnan nurmisnan Rabu, Disember 16, 2009
salam kak nura
itu le pasal... agaknya isteri dia tdor tak sedar pun dia jadi mcm tuh