Plane in The City akan datang di Kuala Lumpur

Plane In The City di Kuala Lumpur? Jangan tidak percaya ada penerbangan boeing 737 yang akan landing selamanya di Kuala Lumpur pada bulan April 2018 ini. Anda memang tidak akan percaya atau saya yang tengah bermimpi atau bergosip. Sebenarnya TwoSpicy Entertainment Live, syarikat disebalik Dinner In The Sky Malaysia yang sangat popular, akan melancarkan Plane In The City pada April 2018 ini, yang dianggap sebagai tarikan utama di Kuala Lumpur

Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Plane In The City akan menjadi pengalaman selama 90 minit yang berputar di sekitar pesawat Boeing 737 yang sebenar. Dimana semasa penumpang akan mendapat peluang seumur hidup untuk melakukan perkara2 seperti mengambil 'selfie' atau 'wefie' dan anda boleh mengeluarkan kepala dari kokpit Pilot, berjalan di sayap pesawat, menikmati hidangan makan malam sambil dihidangkan alunan muzik hit hari ini dan banyak lagi.


Kebiasaannya bila kita menaiki penerbangan, kita hanya menikmati keindahan diluar tanpa dapat mengeluarkan kepala sambil bergambar dan hanya memakan hidangan yang diberikan. Tetapi di Plane In The City anda dapat merasai pengalaman yang sungguh luar biasa.


Apa itu SKYLAND

SKYLAND adalah tarikan pelancongan terkini Kuala Lumpur yang kini menjadi tuan rumah dua pengalaman makanan unik iaitu Dinner In The Sky Malaysia dan Plane di The City. Terletak di Jalan Bukit Bintang, SKYLAND juga menempatkan sebuah lounge marquee besar, yang boleh disewa untuk acara peribadi dan perayaan. Lokasi yang strategik dan produk menarik telah memberikannya buzz Media Sosial besar2ran.

Honestly saya sendiri belum mencuba untuk hidangan di Dinner In The Sky. Mungkin satu hari nanti saya harap sangat dapat dijemput untuk menikmati hidangan dan permandangan indah Kuala Lumpur di atas sana. On my wish list. (wink)


Pakej dan Menu dalam Plain In The City

Disedia tempat khas untuk 20 orang setiap sesi untuk mengekalkan eksklusif. Makanan di atas pesawat akan dihidangkan (mengikut pakej yang anda pilih) oleh Le Meridien Kuala Lumpur, sebuah hotel bintang lima yang terkenal, dipilih berdasarkan menu menarik mereka dan masakan yang hebat.


Jualan tiket akan bermula pada 26 Mac 2018
  • Kelas Utama - RM999 setiap satu
  • Kelas Perniagaan - RM399 setiap satu
  • Kelas Ekonomi - RM199 setiap satu


Gambar menu dibawah adalah berbeza2 menu mengikut pakej dan kelas yang anda dipilih









Di samping pakej standard ini, Plane In The City merancang untuk melancarkan pakej perayaan seperti untuk sambutan hari lahir dan ulang tahun. Syarikat2 acara dan orang awam juga boleh menempah pesawat sebagai tempat untuk acara swasta / korporat sehingga 60 kali pada satu masa. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan sila layari www.planeinthecity.com

Mr, Arvin Randahwa, CEO of TwoSpicy Entertainment Live who conceived the idea. “This is a great way and place for locals and tourists to treat their loved ones, friends or clients and have an unforgettable outing.


"Food, in our tradition, is something sacred, it's not about the nutrients or calories. It's about sharing, honesty and identity. Hence the philosophy of cooking has to be an intimate experience thus the idea behind the menu for dining in the plane is all about - creating an honest and intimate experience for the diners through the food " kata Chef Antoine Rodriquez, Chef Eksekutif Le 'Meridien Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan dan tempahan anda boleh terus layari website www.planeinthecity.com

Oh yeahh.. no worries.. makanan semuanya halal.

Nota
Semua orang ada keinginan masing2 dan mengikut kemampuan diri untuk berhibur dan meraikan bersama orang yang anda sayang. Tidak salahpun untuk anda bazirkan sedikit masa dan tunai demi kebahagian yang anda kecapi asalkan ianya berbaloi dan menyimpan sebillion memori indah bersama. Jika anda suka Plan In The City ini maka khabarkan pada teman2 sahabat anda. Pasti ada diantara mereka inginkan kelainan untuk pengalaman mereka. 

Tata.. xoxo


{ 15 comments.. read them below or add one }

Saps Saps Selasa, April 03, 2018
Nak tgk gambar tempat dia macam mana
nurmisnan nurmisnan Khamis, April 05, 2018
kena tggu launching April ni nanti saya insyaAllah akan kongsikan..
adianiez AIDA adianiez AIDA Ahad, April 15, 2018
Menarik ni!
Tq for the info.
Aida nak kena gali lagi info pasal ni. Sgt tertarik.
sharmien sharmien Ahad, April 15, 2018
dah masuk april ni. tak sabar nak baca entry launching plak. memang menarik pakej yg ditawarkan tu. sekali sekala reward diri pun ok je.
Zharif Azis Zharif Azis Ahad, April 15, 2018
Sama lah ! Wish list saya pon utk dijemput makan di atas udara tu. Hopefully one day ada lah rezeki utk itu. Anyway, pakej yg ditawarkan boleh tahan jugak erk harga dia.
mrsliez mrsliez Isnin, April 16, 2018
Bedore this dinner in the sky skrg dh tukar plane ye.. mmg romantik klau yg dinner dkt aitu..bestnya dpt rasa sendiri mkn diatas tu..
Mawardi Yunus Mawardi Yunus Isnin, April 16, 2018
Wah menatik konsep dia sis. Pernah nampak dari tepu jalan. Masa kapal terbang tu diletakkan. Tak sabar nk tgok bila siap sepenuhnya.
Airah Syahirah Airah Syahirah Isnin, April 16, 2018
Wahhhh menariknya.menu pun nampak sedap dan mewah.tak sabar pulak tunggu full
Sunshine Kelly Sunshine Kelly Selasa, April 17, 2018
That's a great idea, its helps to add attractions in the city and also add varieties for us to plan a surprise party for someone special.
SIQAHIQA SIQAHIQA Khamis, April 19, 2018
Menu nampak sedap walaupun sikit2 je. Dah nama fine dining kan. Hihi.

Jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah :) Salam perkenalan :)

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA
Majortotosite Pro Majortotosite Pro Rabu, Oktober 20, 2021
It was very easy to find my way around and very user friendly Good job to your designer and dev of your site. I hope your rate was doing well. 토토사이트
Racesite Pro Racesite Pro Rabu, Oktober 20, 2021
Your post got my attention and shows me different perception for how we should boost our site. This is a really perfect for a new blogger like me who doesn’t want their site to be messy with those spammers who don’t even read your post but they have the guts to comment in your site. Thanks again.
온라인경마
경마사이트

Totopick Pro Totopick Pro Rabu, Oktober 20, 2021
It’s good to have a website like this. I can read all the opinions of others as well as i gained information to each and everyone here on your site. Just keep on going dude.
Check over here: 사설토토