Assalamualaikum. Suka makan Saltah? Tau apa itu Saltah? Rasanya ramai yang tau tentang makanan Saltah ni bila anda memesan nasi arab. Biasanya akan mereka hidangkan salad sayur kuah ayam atau kambing. Itu saja. Tapi Saltah yang saya ingin kongsikan pada anda pastinya Saltah yang sangat awesome sedap untuk anda mencubanya sendiri dirumah.
Saltah atau Saltah Fahsa adalah makanan tradisi kegemaran orang2 Yemen. Hidangan ini kebiasaannya adalah menu ringkas untuk makanan tengari atau petang. Dihidangkan Saltah kambing dengan roti seperti roti malawah, roti kosong atau roti pita. Apa jua roti sesuai dimakan bersama Saltah. Nasi putih, mandhi atau khabsa juga amat sedap dimakan bersama Saltah. Nasi baryani putih biasa pun sedap dimakan asalkan ada caranya utk dimasak.
Saltah ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Bahan2nya juga sangat simple dan mudah terdapat dari dapur anda. Jika anda peminat daging kambing, anda boleh mencuba resipi simple dan sedap dihidangkan untuk keluarga tersayang. Sesekali tukar menu dengan masakan arab, best jugakan. Ok jom kita ke dapur tengok ada tak bahan2 ini.
#Resipi Saltah Kambing Ayam atau Lembu
#Bahan2 Saltah kambing ayam atau daging
Menu untuk 2 orang
- 300gm daging kambing/ayam/lembu
- Sebiji bawang besar - potong dadu
- 2 ulas bawang putih - chop halus
- 1 inci halia - tumbuk halus
- 1 biji cili hijau - takde takpe
- 1 biji tomato - potong dadu
- 1 biji kentang besar - potong dadu
- 1/2 cawan lobak merah - potong dadu
- 2 akar batang ketumbar - basuh bersih2
- 2 SB tomato puree
- 1 biji telur
#Bahan rempah
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu besar serbuk kurma
- Gaul rempah dgn sedikit air
- Garam dan gula melaka
#Cara membuatnya
- Rebus daging sampai empuk. Carik2 daging kambing/aya/lembu. Simpan air stok. Ketepikan.
- Nak guna daging hancur pun boleh. Daging nak potong kecil2 pun. ikut suka2 hatilah. Dalam gambar saya potong daging kambing kecil2
- Tumis bawang besar dan putih sampai naik bau
- Masukkan serbuk rempah bertanda (*). Tumis sampai naik minyak
- Masukkan daging dan gaul rata dan tutup periuk. Biarkan selama 5 minit
- Masukkan 1 1/2 cawan air atau air rebusan td
- Masukkan sayur kentang + lobak merah + tomato + akar ketumbar. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana kecil sampai kentang dan lobak merah empuk
- Perasakan gula dan garam
- Jika kuah kering tambah lagi air. Agak2 saja. Jika suka berkuah sedikit boleh lebihkan air
- Pukul telur sebiji dan tuang atas Saltah + gaul dua tiga kali saja. Tutup periuk dan api. Biarkan 5 minit sebelum dihidang.
- Tabur daun ketumbar atasnya dan hidangkan dengan roti
Masak Saltah ikut kesukaan anda. Hidangan ini hanya untuk dua orang sahaja. Jika ramai maka tambahkan bahan2 mengikut berapa orang untuk dihidangkan. Jadi bahan2nya kena double triple gitu.
Taraaa... Saltah kambing dah siap. Mudah nak memasak Saltah ni. Tidak perlu pening2. Tumis2 masuk bahan kecikkan api tutup periuk dan tinggalkan. Kalau takut hangit letak timer. Dah boleh uruskan perkara2 lain sebelum menjamu hidangan.
Saltah ini sedap dicicah dengan pelbagai roti. Rotii canai kosong pun sedap.
Ok ladies. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jika suka resipi ini kongsikan pada sahabat kawan2 keluarga tersayang. Sesekali balik kampung buatkan untuk mak abah. Pasti mereka sukakannya. Wassalam. xoxo//