Assalamualaikum. Anda pastinya salah seorang yang turut idamkan kulit yang cantik cerah dan berseri bukan? Dari zaman dulu lagi ramai kaum wanita idamkan kulit bersih berseri tanpa sebarang cela jerawat. Masalah jerawat datang itu perkara biasa. Lagi2 bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan kering.
Untuk kulit kekal lembap cerah dan bersih sebaiknya amalkan minum air secukupnya setiap hari dan pakai pencuci dan pelembap yang sesuai untuk kulit dan yang penting selamat digunakan. Setiap minggu amalkan petua memakai masker dan scrub muka dengan bahan2 asli dari dapur. InsyaAllah pasti anda sendiri berpuas hati dengan hasilnya.
Kopi bukan saja sedap dinikmati pada sarapan pagi minum petang atau sebagainya tetapi ia juga bagus diamalkan untuk penjagaan kecantikan wajah dan tubuh badan. Nak tau apa bahan2 untuk buat masker kopi aka topeng dan scrub kopi? Jom cuba.
Bahan2 scrub muka (skrub kopi)
- 1 sk serbuk kopi asli
- 1/2 sk minyak kelapa
- JIKA GUNA KOPI INSTANT BOLEH TAMBAHKAN SEDIKIT BROWN SUGAR ATAU GULA PASIR HALUS.
Gaul semua bahan. Basuh muka dengan air suam dahulu. Kemudian keringkan. Sapu scrub kopi. Jika terasa kering basahkan wajah dengan air kemudian baru sapu rat scrub kopi. Biarkan 2 minit dan gosok perlahan2. Jika ada jerawat batu gosok perlahan saja ditempat tersebut. Tumpukan pada bahagian zon T tepi hidung dan dagu. Gosok selama dua minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Bahan2 topeng muka (masker kopi)
- 1sk serbuk kopi
- 1sk yogurt asli tanpa perisa
- 1sk madu (jika tiada tak mengapa)
- JIKA TIADA YOGURT BOLEH GANTI 1 SB SUSU SEGAR KOTAK
Campurkan bahan2 dan sapu rata pada wajah. Sapu sekali pada bahagian bawah dan atas mata. Lihat pada gambar). Tiada masalah kerana kopi (anti oksida) serta madu mampu merawat kedut dan lebam mata.
Biarkan masker atau topeng muka kopi kering selama 30 minit. Bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk.
Cara membersihkan masker
- Sebelum membersihkan masker. Basahkan kedua tangan dengan air suam. Tekap tapak tangan pada setiap bahagian muka. Tekap perlahan2 agar masker kopi sedikit lembap dan mudah untuk menanggalkannya.
Bersihkan wajah dengan air suam. Bilas kembali dengan air sejuk.
Satu lagi tips untuk wajah lembap asli. Selepas mencuci wajah jangan sekali2 lap wajah dengan tuala atau tisu. Biarkan ia kering sendiri kemudian pakailah pelembap wajah yang bersesuaian.
Tips untuk mata lebam bengkak dan segar
Bancuh air kopi tanpa gula. Letak dalam ais kiub tray. Biar keras. Ambil sebiji dan sapu pada sekeliling mata dengan bulatan memusing. buatlah untuk beberapa minit. Pasti bengkak lebam mata berkurangan.
Ais kiub kopi mampu meningkatkan peredaran darah dan meremajakan kulit. Selamat mencuba.
Nota
Petua masker atau scrub diatas juga boleh digunakan untuk tubuh badan. Lebih bahan kopi + minyak kelapa dan gula untuk scrub badan. Jika suka anda boleh tambahkan sedikit bauan vanilla. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Gosoklah ikut suka anda. Bilas dengan air suam dan mandilah dengan air sejuk. Keringkan sapu losyen. Anda pasti sukakan bau dan kelembutannya.