Sepetang bersama blogger 2014 kongsi ilmu rejeki bersama


As salam guys. Sepetang bersama blogger 2014 yang diadakan pada 8 Mac 2014 dilokasi, Saloma Bistro and Theater Restaurant Jalan Ampang, Kuala Lumpur memang sangat meriah dan santai. Lagi2 ditambahkan dengan kehadiran bloggers seramai 340 orang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak + beberapa orang bloggers dari Indonesia.

Sepetang bersama blogger 2014 memberi banyak perkongsian ilmu + hubungan silaturahim antara sesama bloggers yang kita hanya kenal melalui alam maya. Bukan saja ilmu yang kita dapat dari blogger2 jemputan seperti Ben Ashari + Redmommy + Hazman + Zarul Umbrella sahaja, malahan kita juga dapat berkongsi tips + ilmu2 dari blogger2 lain yang hadir. Itu yang sangat menarik.

Sepanjang Sepetang bersama blogger berlangsung bermacam2 keletah ada. Ada yang ramai berselfie sesama rakan2 yang mereka kenali dan baru kenali. Ada yang berborak sakan seperti sudah lama mengenali. Seronok melihat kemesraan terjalin antara blogger2. Aku tidak mahu bercerita panjang lebar. Kita layan gambar2 ini dulu sambil bercerita.



Sambil membuat entry Sepetang bersama blogger 2014 ini sambil minum air Yeo's Luo Han Guo + Teh Krisantimum yang aku dapat dari goodie bag SBBYEOS2014. Rasanya memang sangat sedap + rendah kalori sebagai bermanfaat untuk paru2 + mengurangkan batuk + sakit tekak + kahak berlebihan. Bestkan Yeo's Lio Han Gio ni. Lepas ni siapa yang demam + batuk2 boleh grab simpan rumah.


SBB2014 - Sesampai saja di Saloma Bistro apa lagi melaram dengan Mr. Bean Soya Yeo's yang comel + ayu. Ehhhh... ayu tuh siapa ekkk.. wink


SBBYEOS2014 - Meja register yang dkelilingi aweks2 yang ayu. Boleh lihat blogger2 mendaftarkan diri sambil menerima goodie bag masing2.



Beberapa booth shopping online blogger yang disediakan. Semua barang2 cantik2 belaka. Aku tak sempat nak beli satu. Cantik warna + corak scarf yang patung tu pakai.


SBBYEOS2014 - Lagi Booth2 shopping online bloggers seperti Scarf Parfume dan lain2.


SBBYEOS2014 - Booth Ummi Umairah salah seorang sponsor yang ayu jelita. Sesiapa yang mahu terjah kedai Ummi Umairah bolehlah pergi ke Seksyen 7 Shah Alam. Yang baju merah tuh brother kita Eizil orang kuat Denaihati Network. Good job brother..


SBBYEOS2014 - Lazada juga menjadi sponsor terbesar pada majlis tersebut. Ramai blogger2 mendapat gadget2 yang best pada masa itu. Pengsan... balik jer rumah mesti masing2 bukak kotak terus charge. Melaram ler korang. kih3


SBBYEOS2014 - Inilah wajah2 kesayangan hamba. Ummi2 yang havoc Ustazah Noor Aini + Rosidayu + semuanya aku kenal tetapi boleh lupa pula namanya. MasyaAllah.. maaf sesangat. Kalau terbaca blog nora aka nurmisnan ni sila2lah tinggalkan komen ya ummi2 yang havoc ayu jelita. Nanti aku terjah ke rumah masing2. Anyways.. tahniah Ustazah kerana SAYA MENANG IPHONE 5S. iPhone 5S tuh.. Rejeki dari Allah untuk ibu tunggal kita.


Sebelum majlis bermula meja masih kosong lagi. Semua blogger masih duduk diluar sambil main tembak2. Ada sesetengah yang dah duduk dalam. Sejuk kena aircond sambil2 minum air Yeo's. Terbaek....



Majlis dimulakan dengan doa dan susulan ucapan dari Tuan Haji Amir - Denaihati Network. Handsome Tuan Haji kita bila berdiri atas stage. Segak.. Agak2 tahun depan aku ada chance tak SAYA MENANG MAC BOOK PRO.. Aminnnnn.. kasi panjang sikit.


SBBYEOS2014 masuk TV3 wokeh... jangan tak perasan. Brother kita TV3 kusyuk merekod setiap wajah2 blogger. Rasanya wajah aku tak masuk kot coz tak cun ayu. Brother tuh asik elak nak tembak kat muka aku nih. Orang retis jer masuk TV. Betulkan.... kih3..



SBBYEOS2014 - My beautiful gegals blogger Myra Jay (normj1001dotblogspot) + Syuhada1981dotcom. Really nice to know u both dan terima kasih dengan small gift yag comel giler ni Syuhada. Orang yang jumpa Syu saja yang dapat gift comel ni. Ok next..


SBBYEOS2014 - Smile Izzati (Tatty) + Khir Khalid + Akupenghibur dan ramai lagi yang aku tak berapa ingat nama2 blogger meja 25. Tahniah kepada Izahar - Akupenghibur kerana memenangi award MSMW2014 LIFESTYLE BLOGGER baru2 ini dan terima kasih banyak2 kerana gemar suka membaca blog kak nora yang havoc ni. kih3. Kata Izahar blog kak nora mudah difahami. Hmmm... difahami tuh maksudnya bila membaca senang faham. Rajin2 selalu datang membaca ya. Kak nora pun suka baca blog beliau. Santai... ok next...


SBBYEOS2014 - Yang aku kenal Tengku Syukri + tiga staff AL ANSAR HEALTH dan beberapa bloggers yang aku sempat berborak tetapi x ingat nama. Tengku Syukri berbaju putih pulang saja dari SBBYEOS mengalami kecelakaan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh. Semoga lekas sembuh dan boleh mula kembali membakar otak2 Lagenda. Sedap wooo... 


SBBYEOS2014 - Orang kuat Denaihati Network + SBBYEOS Eizilnetwork. Serious wajah beliau bila bertugas tetapi tetap boleh senyum walaupun kepenatan.


SBBYEOS2014 - Gloria Food.. heeee... macam2 ada. Aku cuma makan Mushroom soup + bread + fruits + kuih badak dan paling penting coffee black mesti ada. Oh yesss.. 


SBBYEOS2014 - Mushroom soup + bread = burpppp alhamdulillah. Kenyang dah makan dua2 ni. Ada lagi satu yang korang mesti beratur panjang punya. Golek punya hal memang tak sah tak cuba. Nexttt... 


SBBYEOS2014 - Tu dia.. Kambing golek yang sedang dihiris nipis2. Sedap dimakan dengan sos2 yang dihidangkan. Bagi aku oklah rasanya. Daging boleh tahan sedap. Memang best.. Bab ini brother Azuan kita bertambah 2 - 3 pinggan. Katanya sedap. Makan lah bro selagi mampu. hehehe



SBBYEOS2014 - The best moment with Akupenghiburdotcom + Akmaomardotcom + Namiacintadotcom + makdaradotcom. Masing2 dengan trade mark PEACE YAWW and TABIK TUAN. semua patut buat kandid tapi tak jadi. kih3..


Dengan cik adik comel manis Ayue Jerlah.. oklahhh.. kih3..


Dengan Hanny Abdullah yang cantik manis.. Bersih jer kulit wajah dia..


SBBYEOS2014 - Bersama Pengasas EPHYRA produk pemakanan kesihatan + duta MEMEY with Norman. sangat sesuai memilih pasangan ini menjadi duta EPHYRA. Masing2 cergas + segak + ayu semasa hadir ke majlis SBB2014. Syabas Puan Amiza. Semoga terus maju dan berjaya.


SBBYEOS2014 - Salah satu permainan YEO'S iaitu pertandingan minum 2 otak Yeo's paling cepat. Itu hah brother kita berbaju cekelat tak habis minum dah cakap habis. Last2 menang jugak. Kan dah kata kat Cikgu Naman - ORANG KURUS MESTI MENANG. Betulkan.. kih3.. Jangan marah ehhh Hazman n bro.. Lu orang kena control perut tuh. adessss...


SBBYEOS2014 - Blogger motivasi Khir Khalid yang hebat bila berbicara dan memberi motivasi sewaktu dalam DIALOG BERSAMA BLOGGER DI PENJARA SEJAHTERA dan DIALOG RTM TV1. Sebelum aku balik sempat juga beliau tembak satu gambar bersama. Kirim salam isteri Khir. Semoga sukses perjalanan bermotivasi untuk mereka yang memerlukan. 

SBBYEOS2014 - Boni Kacak menang Motor.. ehhhh.. Menang tempat ketiga dengan hadiah Lenovo handphone + Yeo's produk. Tahniah. Pemenang kedua Mahamahu + tempat pertama Hafiz. Kak Nora tak der gambar korang. Sorry ya.. Ni jer sempat nak tembak. #retislupalirik utk Boni Kacak..


SBBYEOS2014 - Sebelum pulag sempat lagi berborak mesra bersama pengasas Oceanlife2u EPHYRA Puan Amiza yang gorgeous. Agak2 siapa paling flawless masa nih. kih3.. 

Sedikit cenderahati dari goodie bag + sahabat2 bloggers.  Tshirt dari SBB Yeos + Apesal.com. Tq so much.  

Orite guys.. sampai sini saja SBBYEOS2014 Sepetang Bersama Blogger 2014 kongsi ilmu rejeki bersama bercerita bersama kak nora. Sesiapa yang sudah buat entry post dan nak kak nora terjah, sila komen. Ada link kak nora terjah ok. Orite.. nite2..

Siapa nak terjah Nurmisnan aka Kak Nora boleh terjah di Facebook dan IG @nurmisnan. Jumpa disana.

KEEP CALM AND PRAY FOR MH370. SEMOGA ALLAH SET PERMUDAHKAN URUSAN MENCARI MH370. INI SEMUA UJIAN. ALLAH ITU LEBIH MAHA MENGETAHUI DAN INGIN HAMBA2NYA INGAT PADANYA.


0 comment... add one now