Bantuan kecemasan untuk sesak nafas



Assalamualaikum guys... Kat sini ada sesiapa yang tahu buat CPR? Anyone? Mungkin ramai yang dah tahu bagaimana caranya untuk melakukan CPR. Perkara ini harus atau wajib kita belajar kerana ini adalah salah satu bantuan kecemasan untuk mereka yang memerlukan bantuan kita. Jika tiba2 terjadi kepada keluarga atau rakan kita, sekurang2nya kita dapat membantu mereka sebelum menyusul ke hospital. Itu satu pertolongan yang sangat2 di hargai oleh mereka. Jom kita belajar secara ringkas untuk bantuan sesak nafas.
Jika kita dapati seseorang itu megalami sesak nafas atau pengsan, hendaklah kita memberi bantuan pernafasan dengan segera ;

  • Pastikan mulut pesakit bebas dari sebarang benda luar 
  • Kepala pesakit mestilah didongakkan sedikit
  • Pastikan udara tidak masuk ke dalam hidung atau keluar
  • Tekan rahang bawahnya supaya mulutnya terbuka
  • Masukkan atau tiup udara ke dalam mulutnya supaya udara yang di berikan dapat memenuhi ruang paru2nya
Cara2 ini hendaklah dilakukan beberapa kali. Jika didapati dada pesakit sudah bergerak itu menandakan kita suda berjaya menyelamatkan satu jiwa dengan bantuan iradat Allah SWT.

Nota
Ini hanyalah bantuan ringkas CPR yang perlu kita tahu selain bantuan CPR yang lain. 

P.S. Tak rugi belajar CPR kerana ini adalah satu ilmu yang sangat bermanfaat untuk kita dan keluarga. So mulai hari ini sesiapa yang belum tahu CPR, balik rumah kena practice dengan hubby ke, adik beradik ke atau paling terbaik join bulan sabit merah... Selamat ber CPR... Boleh layari cardiopulmonaryresuscitation untuk lebih lanjut dengan ringkas...

0 comment... add one now