Assalamualaikum guys.. Semalam berita dari BERNAMA lagi tentang kes gempa bumi yang kuat yang melanda di bandar raya New Zealeand. SubhanAllah... Kuasa Allah SWT bila2 boleh terjadi. Tetapi mujurlah semuanya selamat termasuk Difahamkan ramai yang terbunuh tetapi 390 pelajar2 Malaysia semuanya selamat. Alhamdulillah... Baca berita lanjut dibawah...
KUALA LUMPUR: Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu hari ini.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata, pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana.
Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.
Ini adalah kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lalu di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan

Sihat ke? Minum apa tu? Kopi kak limah ke?
Itulah antara tanda-tanda awal akan berakhirnya dunia aka kiamat....Lihat tanda lain seperti peperangan, pembunuhan, zina, wanita lbh ramai drp lelaki, manusia berlumba2 membina rumah batu yg besar2, dan sebagainya. cuma tanda2 besar shj belum kelihatan spt munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa....