Assalamualaikum semua.. Hari ni hari cuti Thaipusam so rasanya belum terlambat aku nak ucap selamat hari Thaipusan untuk penganut2 hindu. Wokey.. hari nih aku ada mood nak pegi tengok movie ceceta ceceta KHURAFAT. Since 13 Jan hari tuh dah nak tengok tapi tak sempat2. So hari ni ada can ler. Dalam ceceta KHURAFAT nih banyak pengajaran yang kita dapat terutama dari segi kepercayaan syirik memuja syaitan untuk kepentingan, kepuasan dan nafsu manusia hanya kerana ingin mendapatkan perempuan itu. Tapi akhirnya memakan diri tuannya sendiri sehingga terbunuh dalam kemalangan. MasyaAllah... Bertaubatlah sebelum terlambat dan buangkanlah benda karut tuh agar diri kita bersih dari dikuasai oleh SYAITAN DAN JIN yang suka menyesatkan ANAK ADAM.. Filem nih aku nak bagi 4 bintang. Seram + kelakar spontan + jalan ceta cantik.. Tahniah Shamsul..
Ceceta ceceta..
Ada ceta sikit... Sikit jer. Masa kat movie tadi aku hangin juger dengan penonton2 tadi. Asik terjerit2 baik lelaki2 itu maupun perempuan2 itu.. Hangin der.. Aku pun tengok jugak tapi idok ler sampai terjerit macam tuh. Yang duk sebelah aku lagi ler.. Dah berpeluk dengan cik abang pun masih lagi terjerit2.. Cover2 juger ler der.. Tutup mulut tuh kalau nak jerit. Tak ler orang sebelah terperanjat. Tengok ceta hantu terperanjat, dengar suara terjerit lagi ler aku sakit jantung... Tapi yang aku nak tergelak sangat kaum lelaki2 itu pun terjerit sama.. Dahsyat lelaki2 sekarang yer. TERJERIT DALAM KHURAFAT.. Harharharhar... Sesuai gelaran tuh. Wokeylah guys jangan mara aaa coz mata aku dah kelat. Nak mintak tdo ler.. Jumpa dalam episod akan datang. Janji tetap aku tunaikan dgn tajuk IBU TIRI PENYAYANG BUKAN PENYERANG tsapi masih lagi dalam pembikinan skrip.. Huhuhuhuhu... Gd nite dan selamat hari JUMAAT... Adios manchastoss dan Assalamualaikum... Oppssss.. soalan cepu platinum.. korang rasa ceta KHURAFAT nih the best atau biasa?? Jawab jangan tak jawab.. Aku sajer jer nak tahu..
erm, da lama xtgk wayang.. last tgk pun Hantu Kak Limah Balik Rumah..
this weekend maybe..insyaallah..