JANGAN di buat semasa tidur

Salam guys.. info kali ini terlalu penting untuk aku kongsikan dengan korang semua. Selalunya kalau yang mana nak bangun pagi atau menunggu kekasih buah hati pengarang ulam call, mesti telefon letak bawah bantal atau sebelah kepala. Bukan apa supaya mudah di dengar dan rasa getarannya.. Tapi tahukah korang akibat perbuatan itu boleh mengundang penyakit urat saraf?? Rasanya mungkin pembaca ada yang dah tahu atau mungkin tidak tahu. Tak per.. Jom kita perabih baca info nih.. Mana yang dah tahu tuh buat2 baca jer. Tak rugi pun =)

JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI JAM TGN

Jam dapat memancarkan tahap tertentu keradioaktifan. Walaupun kecil, tetapi jika korang memakai jam semasa tidur untuk waktu yang lama, mungkin mempunyai kesan negatif pada kesihatan anda. Jadi jika boleh tanggalkan atau jauhkan sedikit jam tuh.



JANGAN TIDUR DENGAN BRA
Para saintis di Amerika telah menemui orang-orang yang memakai bra selama lebih daripada 12 jam sehari akan berisiko yang lebih tinggi terkena kanser payudara. Jadi masa tidur tuh faham2 saja ler ya. Jika sudah tahu cubalah amalkan. 

JANGAN TIDUR DENGAN TELEFON
Meletakkan telefon berdekatan tempat tidur korang atau di mana sahaja dekat dengan korang tidak digalakkan. Walaupun sebahagian dari kita akan menggunakan telefon  sebagai alarm, tapi sila letak telefon sejauh mungkin. Para saintis telah membuktikan bahawa barang-barang elektrikal termasuk telefon bimbit dan televisyen memancarkan gelombang magnetik semasa digunakan. Gelombang ini dapat menyebabkan gangguan pada sistem saraf kita. Tetapi jika korang ingin juga letak telefon disebelah, adalah lebih baik dimatikan terus hingga korang bangun baru on balik.



JANGAN TIDUR DENGAN MAKE UP
Orang-orang yang tidur dengan make up mungkin mengidapi masalah kulit dalam jangka panjang. Tidur dengan make up akan menyebabkan kulit memiliki kesulitan bernafas dan masalah berpeluh. Jadi sebaiknya bersihkan dahulu dengan cleanser sebelum tidur. Ini memang wajib untuk kaum perempuan. Bagi lelaki pula, wajib membersihkan wajah dengan cleanser agar minyak di kulit muka hilang dan dapat mengelakkan dari tumbuhnya jerawat dan mempunyai kulit yang sihat.

Bab yang part ke lima tuh aku rasa sensitif sikit nak sebut. Jadi aku tak letak ler. Yang penting amalkan saja yang keempat2 nih. Gd luck korang dan selamat hari jumaat =)
JANGAN di buat semasa tidur

4 comments.. read them below or add one

 Lee Lee Jumaat, November 12, 2010
Hello Nur, very good advice, saya suka the ahemmm, second one, ha ha.
Anyway, I agree do not sleep with the phone....chari pasal tu!

Jangan tidur dengan make-up. Betul tu. Ada perumpuan malam pakai tu bedak puteh ke kuning, boleh terperanjat, lintang pukang tengok dia malam, macham nampak hantu!

Terperanjat satu hal, jangan pulak kena heart attack fikir pontianak da datang, ha ha.
Have a nice day, Lee.
meowwmania meowwmania Jumaat, November 12, 2010
slalu letak hp kat bwh katil, cukup jauh tak? :)
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 13, 2010
Hey abang Lee..
harharhar... lawaklah abg lee..

bab pakai bedak sejuk tuh
blh buat jantung gugurlah
kalau lah si suami tak tau darling dia
pakai bedak sejuk putih
confirm.. PENGSAN.. huhuhuu

anways abg lee... thanks dropped by here
u take care n enjoyed ur Sat n weekend
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 13, 2010
salam cik meoww...
kalau handphone bawah katil rasanya ok lagi
but make sure jauhkan dari ara kepala
jangan sekali2 letak bawah bantal ya
manalah tau nak dengar alarm punya pasal....

sewaktu bergayut adalah lebih baik menggunakan handfree...