Pernah tidak apabila kita sudah ada wuduk dan mahu bersolat jemaah atau sendirian tetapi tiba2 terasa ingin melepaskan sesuatu seperti mahu berhadas kecil atau besar?. Kita sayangkan wuduk dan solat jemaah kita sehingga sanggup menahan dari berhadas?. Pernah lakukan perkara ini? Tahukah apa hukumnya?
Hukumnya solat kita akan jadi MAKRUH. Sewaktu kita mahu bersolat atau sedang bersolat jemaah beramai2 atau sedang membaca al Quran tetapi tiba2 terasa hendak membuang air kecil atau besar maka kita haruslah segerakan hajat itu. Berhenti solat atau membaca Quran dan segeralah tunaikan hajat kecil / besar dahulu. Selepas itu ambil semula wuduk dan sambung kembali solat atau bacaan Quran kita.
"Jika kamu ingin menunaikan sesuatu sewaktu istiqamah maka segeralah kamu menunaikan hajat kamu dahulu" (hajat kecil atau besar)
Rasulullah s.a.w. berpesan lagi;"Kamu ada hak untuk tanggujawab menjaga badan kamu dari berlaku sesuatu" (hajat kecil atau besar)
Dan lagi Para Ulama pernah berkata "lebih sempurna beribadah kepada Allah s.a.w. apabila diri dalam keadaan bersih daripada sesuatu seperti hadas kecil atau besar"
P.S. Jadi sebelum berwuduk haruslah memastikan kita menunaikan hajat badan kita dahulu sebelum mengganggu solat kita. Jika tiba2 semasa bersolat
@ sedang membaca Quran dan terasa mahu berhadas
kecil @ besar tetapi sayang hendak batalkan
solat maka solat itu dikira makruh

Moga awak sihat hendaknya dalam menjalankan ibadah puasa..
Di dalam kitab riyadhus sholihin, Aisyah berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna solat seorang muslim apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil." (Muslim)
Namun ada pula yang berpendapat jika solat itu hampir selesai maka dianjurkan menahan jika memang mampu.
Wallahu'alam