Kali ni aku suka nak kongsikan pada korang tentang nama unik (unik ke?) family aku. Inilah keluarga aku yang tersangat le besar... Besar ke?? Huhuhuhu.... Nak tahu besar ke tidak, kena tunggu bila masing2 balik kampung dan berkumpul. Riuhhhh der macam pasar karat larut malam (pasar kat JB jual barang antik). Apa2 pun aku ingin ucapkan terima kasih yang tak tersebut le pada mak dan abah aku yang besarkan kitorang yang dah nak senja + nakal + rajin + manja der dgn mak.. we love u both mak abah.
This is my lovely family. Dari kiri ke kanan ikut huruf Z: Along N family, Angah N family, Aku N Mr. Hubby, Sany, Mak N Abah (org kuat), tempe yg duduk, Apek N wife, Awe N future hubby, Ct N hubby, Iskandar (blue), Pit luncai N Mahathir (adik)
Setiap keluarga aku punya nama gelaran atau samaran.. Aku pun pelik macam mana le boleh timbul nama ni. Heeeeee.... mungkin sebab dapat dari hobi atau panggilan atau kegemaran atau apa2lah kot. Jadi ini le nama unik kitorang. Jom tengok;
Along - Longkol (bahasa msia)
(pasal dia cool je walaupun org buli, kutuk, maki kat dia) Tapi kalau hilang kesabaran dia, perghhhh baru tau le pokok kelapa tinggi kena petir). Aku memang suka buli dia.. buli kecik je. Longkol bekerja di S'pore dan mempunyai 7 org anak.. Sekarang tengah usha2 kereta B... Insyaallah longkol, ada rezeki tercapai le impian tuh.
Angah - Ngah latah
(suka melatah till now) jangan le try cucuk atau sergah dia confirm kena balun. Nak cuba? silakan... Aku tak akan bertanggungjawab wokey.. Bekerja di S'pore juga sebagai Admin merangkap PA. Anak 5 orang. Yang bongsu 5 thn kepala dia besar sama dgn adik lengkong (mahathir). Songkok bapak dia pun tak muat pakai tapi itu kepala mcm batu cincin. Smart boy + gembing (kuat nangis)
Aku - popeye N nakano
gelaran masa zaman sekolah dulu coz aku kurus kering macam Alice. Musibat punya Syukor n d geng (budak class mate + jiran aku). Aku masih ingat lagi nama mamat selenga ni. Tapi lepas start keja pertama, dapat nama baru NAKANO (ni pasal diorang panggil nama kakak Nor tapi aku tak jawab, selepas kejadian panggilan NAKANO dan aku menjawab, terus lekat nama tuh ^_@ ) cittt... ini semua gara2 si tempe.
Aku suri rumah penuh rumah merangkap driver utk mak dan mr. hubby. Kalau mr. hubby balik M'sia aku le driver dia dan kalau balik kampung jadi driver mak. Sebut je nak kemana tapi kena guna GPS.. hehehehe
Sany - Wak Dakam
(pasal dia suka pakai minyak wak dakam dari 'Batu Pahat Johor' dari kecik sampai le besar) Ada lagi minyak tuh.. memang bagus untuk urat terseliuh, kembung dan sedap baunya. Dulu masa zaman kanak2 Wak Dakam (sany) ni semput. lepas sapukan minyak ni kurang sikit bunyi semput dia. Sekarang dia champion.. Pakar Graphic Design.. Gemar masuk peraduan di web site http://www.99designs.com/ dan menang banyak kali. Wa caya lu brother.. Dapat ongkosnya kasi belanja ya
Mamat - tempe
(suka makan tempe goreng dgn sambal kicap till now) Huhuhu.. memang makanan kegemaran kitorang sejak kecik. Lagi2 kalau masak sambal goreng. Superb.. Aku plak suka masak sambal dengan ikan bilis. Superb + terangkat wa cakap lu.. Tempe sekarang dengan MSC.. Suspect lah kau tempe.. bagussss =)
Ariff - Apek Kulai
(pasal masa dia kecik2, macam anak cina n kuat nangis. kalau dia tak dapat apa yg dia nak confirm akan nangis dan mak aku akan cakap (nangis hantar cina Kulai) lepas dengar Kulai terus senyap.. huhuhuhu... Dulu belajar Sains Computer tapi kerja lari dari course. Insyaallah.. rezeki akan datang dgn luas kalau kita usaha lebih.. Aku kalau Mr. Hubby tak ade, si Apek le yg tukang godeh komputer aku. Banyak gunanya adik aku ni..
Ctie - Mak gigi
(pasal gigi dia besar2) lepas married dah kurang panggilan tuh.. respect hubby dia. But sometimes call gak bila panggil tak sahut. Angin satu badan tu der. Tapi jangan ajak bergaduh. Silat langkah panjang keluar der. Aku ada silat bunga. Boleh ke? huhuhuhu
Hawa - susah nak bg nama dia ni sebab dah bertukar2 sekarang.. but kitorang call dia sekarang makcik perasan.. (suka berangan depan cermin). Make up dia je dah dua bag sederhana. Belum lagi losyennya, make up remover, krim, syampoo dan lain2.. Pendek kata semua lengkap.. Hair dryer je nasib tak yang besar.. Sekarang jadi Accountant + freelance model suka2..
Iskandar - Pekang
(kitorang call Is pekang pasal bila dia jalan kaki ke dalam. Kalau main bola atau berlari mesti ada jatuh.. kesian dia.. masa zaman kanak2 dulu dia le paling lambat jalan. last2 abah sebat kaki dia dengan belut. lepas 3 hari terus blh jalan tapi tu le pekang.. Tapi bab kerja not bad. Sekarang masih tanam anggur tepi rumah. Buat masa ni dia jadi asst mak dan aku le.. Tukang kebun kecil. Oklah tuh kan dari tak buat kerja..
Fitri - pipit luncai
(nama sempoi pasal singkatan fitri 'PIPIT'.. lahir pada raya kedua dan luncai pula dtg dari sebutan ' siluncai terjun dengan labu2nya) dia suka jawab 'biarkan biarkan'.. lepas tuh lekat nama luncai sampai le dia belajar. Sekarang practikal di KL.. Gd luck ok.. (risau dia tunggang motor kat KL, banyak samseng)
Mahathir - adik @ lengkung
Mak suka call dia adik ngempeng coz paling bongsu dan suka ngempeng (tdo dgn mak)
Lengkung - kitorang yg call coz badan dia macam gelung rotan. bila dia duduk badan dia melengkung walaupun disuruh tegakkan badan. Isshhhkkkk.... tak blh jadi askar. Tapi kepala macam minyak geliga terutama Math dan Lukisan
Guys.. korang jangan salah sangka ok. gelaran ini hanyalah suka2 saja. Family aku memang humble, sempoi, simple, selamba, kelakar, riuh, happening, happiest dan mcm2 ada. Kalau hari raya tiba jgn cerita... kecoh sekampung beb. Aku tau korang punya family pun mesti ada nama gelaran juga kan. Mesti seronok bila dengar nama gelaran diorang. Macam2 ada + happening sesangat kalau diorang pun tak kisah dgn gelaran yang kita beri. Lepas tuh tukar2 le plak. Baru besttt... tak le poyo je. Orang kata nama gelaran ni pengikat kasih kita adik beradik. Mesti yang jauh akan kembali dekat jika teringat panggilan manja korang.
Wokey guys.. harapnya tak boring baca n3 ni. jumpa lagi untuk next n3. Salam and gd day
yang lain ikut la...
panggilan manje...
ade buyut, sitam, tarah n macam2 la...
kelako pun ade...