Salam Jumaat
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadan. Gembiranya rasa hati. Rindu dan tak sabar nak sambut puasa dan solat terawikh. Hmmmm.. masih ada yang belum selesai bayar puasa tahun lepas? Kalau belum jalankan tanggungjawab kita.
Begitu pantasnya masa berlalu tanpa disedari. Hmm.... Jika di tempat kerja mesti akan terasa cepatnya jam itu ke nombor 5. Dah nak balik. Kerja tak siap lagi. Dokumen2 tak siap lagi. Esok ada meeting. Confirm kena kerja overtime. Jangan time over sudah ya.. Melayang periuk dan pinggan kaca nanti bila pulang kerumah.. Kalau pinggang plastik tak pecah. Huhuhu... gurau je =)
Bila masa kerja2 jugak tapi solat kena jaga. Jangan kerana sibuk mengejar meeting, jumpa klien atau menyiapkan dokumen2 sampai lalai dalam solat. Rezeki Allah s.w.t. beri kepada kita haruslah dengan bersyukur dan bersujud kepadanya agar dipermudahkan lagi pintu rezeki dibuka luas2... Semoga kita tidak lalai dengan-Nya.
Cakap pasal solat mestilah kita perlu melakukan wuduk terdahulu. Jadi disini aku suka nak kongsikan kepada korang akan sunat2 wuduk. Bukan semua manusia di bumi Allah ini melakukan sunat2 semasa wuduk. Jadi cubalah amalkan ini.. Sangat besar kebaikan dan fadilatnya. Mana yang dah tahu alhamdullilah.. Mana yang tidak kita cubalah sunnah ini.
Sunat sebelum berwuduk
1) Harus bersugi - sunnah Rasullulah s.a.w. (Sabda baginda 'Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali bersolat)
2) Membaca bismillah pada permulaan mengambil wuduk.
Rasullulllah bersabda ' Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah '
Rasullulah bersabda lagi kepada Abu Huzairah bermaksud 'Apabila kamu berwuduk maka bacalah BISMILLAH WALHAMDULLILAH (denga nama Allah dan segala pujian bagi Allah)
Dan lagi jika engkau memeliharakannya maka akan dituliskan bagi kamu kebaikan yang tiada henti hingga wudukmu batal. Hadis riwayat al- Tabrani dan Kanz al Umm
Jika sekiranya terlupa dan teringat belum membaca bismillah pada pertengahan wuduk maka bacalah BISMILLAHI AUWWALAHU WAAHIRAH
Sunah semasa wuduk
1) Melebihkan basuhan - Rasullulah bersabda 'Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang bersinar kesan daripada berwuduk'
(maksudnya jika mampu melebihkan (batas kawasan) membasuh muka, maka lakukanlah)
2) Berkumur2 - Sunnah Rasullulah
3) Memasukkan air ke dalam hidung (membersihkan hidung) Sunnah Rasullulah.
Terutama kepada korang yang baru bangun tdo, kerana syaitan suka bergayut2 diliang2 roma hidung semasa tdo. Jika mengambil wuduk maka bersihkan hidung dengan air agar bersih. Caranya memasukkan air kedalam hidung dan dihembuskan keluar.
4) Menyapu semua pada bahagian kepala (dibahagian umbun2 kita sudah mencukupi)
5) Membasuh kedua2 telinga
6) Menyelatkan celahan seperti celahan jari tangan , kaki, misai dan janggut (
7) Mendahulukan membasuh anggota belah kanan
Rasullulah bersabda 'Jika engkau mahu memakai pakaian atau berwuduk haruslah dimulakan dengan bahagian kanan dahulu'
8) Menghadap kiblat semasa berwuduk (jika boleh)
9) Membasuh dan menyapu setiap anggota yang wajib dan sunat sebanyak tiga kali.
10) Menggosok2 secara lembut dibahagian anggota semasa bewuduk (tidak terburu2 dan kasar)
11) Bersederhana menggunakan air semasa berwuduk agar tidak membazir (menggunakan air paip dengan kadar perlahan bukan dengan air yang deras)
12) Tidak bercakap2 - Sunnah Rasullulah
Selepas habis berwuduk sunah membaca doa
*Rasullulah bersabda 'Tidaklah sia2 salah seorang daripada kamu yang berwuduk lalu menyempurnakannya dengan membaca doa;
ASHHADU ANLAILAHA ILLALLAH WAHDAHU LASYARIKALA WAANNA MUHAMMADAN ABDUHU WARASULUHU
*Solat 2 rakaat selepas berwuduk
Peringatan untuk semua sahabatku
* Semasa mengambil wuduk haruslah dipastikan anggota kita terutama tumit kaki terkena air wuduk. Rasullulah s.a.w. mencela mereka yang berwuduk tetapi tumit mereka masih kering tidak rata dgn air wuduk. Baginda bersabda lagi dengan nada yang tinggi sebanyak 2 kali 'Celakalah tumit2 yang tidak terkena air wuduk oleh api neraka'
Riwayat al - buhari no. 96
* Pastikan setelah buang air kecil atau besar haruslah dibersihkan dari sebarang kesan najis pada bahagia itu. Baik semasa hendak berwuduk atau pada waktu lain.
P.S. Besar sungguhkan ganjaran yang Allah s.w.t. berikan kepada hambanya. Selamat beramal =)

peringatan yg bagus utk kita semua..