Perdana Menteri Turki Recep Tayyep Erdogan mengatakan jika pihaknya sedang mengkaji untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada Israel kerana menyerang kapal bantuan kemanusiaan asal negerinya, Mavi Marmara.
"Kelakuan Israel harus diadili, harus dibalas, tanpa adanya keraguan lagi. Tidak ada satu pihak luar manapun yang boleh menguji kesabaran Turki," kata Erdogan.
"Hubungan itu tidak akan kembali mesra seperti dahulu lagi, tidak mungkin lagi," katanya lagi.
Erdogan menambah lagi, "Turki bukan negara lemah dan pengecut, tetapi Turki adalah negara besar, kuat, dan disegani. Perhubungan pihak luar dengan negara Turki sangat menguntungkan dan berharga, dan jika negara lain cuba mencari masalah dengan Turki bermakna negara itu akan mengalami kerugian yang besar".
Dan lagi "Sebagaimana pertemanan kita yang kuat, maka permusuhan kita juga akan jauh lebih kuat lagi," tegas Erdagon
Sementara itu, Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu menegaskan jika Israel mahu memperbaiki hubungan diplomatiknya dengan Turki, maka pihak Turki mensyaratkan terlebih dahulu supaya membuka sempadan Gaza.
Langkah yang akan diambil pemerintah Turki ini merupakan road map, yang rencananya diumumkan PM Turki Erdogan pada pertemuan Parti Keadilan dan Pembangunan di parlimen, tetapi telah ditunda setelah ada perhubungan melalui telefon diantara Erdogan dan Presiden Amerika Barack Obama.
p.s. ambik kau Israel.. sekarang seluruh dunia mencela dan membenci kekejaman kau...
eramuslim
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.