Semalam adalah hari keluar berehat2 cuci mata dan tekak aku. Yalah dah lama tak keluar sorang2. Sebelum ni dengan Mr. Hubby tapi dia dah fly ke Afrika jadi tak delah teman nak bershopping.. Hehehehe... Kebetulan pun aku nak jumpa dengan teman rapat aku Puan Nor. Namanya sama dengan aku cuma ejaan je lain.. Dia pun baru sampai dari Perlis.. Cuti 3 hari je kat Kuala Lumpur till Ahad. Yalah orang bz bz bz.... Bila jumpa terperanjat giler coz still keep slim je beb. Cayo cayo..
Korang mesti suka dengan Restaurant Madam Kwans yang kat KLCC tuh.. Plan ingat nak lunch kat situ tapi ramai bebenor.. Ada yang sanggup tunggu hanya kerana nak makan kat situ. Aku dan nor tak le sampai sanggup tunggu.. Kitorang jalan2 pusing2 dan aku suggest p makan kat House of Sundanese Food. Makan kat restaurant ni kira oklah.. Masakan jawa..
credit untuk mr. google.. tak sempat aku nak snap sendiri.. dah kelaparan..
Sate ayam.. nak tau sedap ke tidak kena cuba sendiri le.. karang aku cakap sedap korang rasa tak plak kan. So kena pegi le...
Gado2 sayuran dengan kuah kacang. Bagi aku so so lah... Ada sikit2 masam. Kalau nak tau rasa gado2 sebenarnya korang kena cuba resipi aku.. hehehehe.. nanti le aku bagi listnya. Aku belajar dari Chef Indonesia Kak Era.. Tuan punya Rest di Dar Salam Tanzania.. Tapi dia dah balik Indonesia buka kat sana plak.. Miss her Gado2.. =(
Kerepek belinjau cicah dengan sambal belacan.. Kerepeknya dah habis aku makan. Tinggal sambal je lah.. ok lah tuh kan.. melelehhh je.. huhuhuhu
Percaya atau tidak cik nor kita order set kids menu? fenen2... dia kata tak ada selera nak makan.. keep slim lah tuh.. last2 dia tak sentuh pun makanan tuh. membazir je cik nor. Kalau kat Afrika confirm aku bungkus dan sedekah bagi kat guard atau maid aku. Kenyang perut diorang..
Lepas makan2 cuci tekak, kitorang ke Parkson. Shopping time... Aku nak beli bedak asas dan base mousse di shu uemura. Semua perempuan kenal brand ni. Tidak le mahal sangat tapi bagus dan tahan lama. Lipstik brand ni juga tahan lama. Normaly make up dan cleanser set aku beli boleh tahan 1 1/2 - 2 tahun. Aku bukan selalu make up. kalau ada majlis yes aku berdandan sikit.. Tapi tidak le setebal mcm KD dan CT..
Ini le bendanya 'smoothing fluid foundation' atau dalam scientifik nya bedak asas dan UV under base mousse.. Hahh.. siap ada resit from Parkson lagi. Promote ke?? itu tandanya aku beli kat Parkson KLCC
UV under base mousse.. sangat2 le bagusnya.. Kalau nak make up tahan lebih lama, look natural dan ada sinar UV korang kena guna base mousse nih. Tengok le isi kandungan base mousse belah kanan.. dah macam teh tarik? milo tarik? apa2 jelah.. janji bagus..
Percuma set mini cleansing yang aku dapat. Banyak jugak tuh. Kalau beli more then RM350 barang shu uemura, akan dapat set mini lengkap jagaan kulit muka.. Banyak tuh. Tapi aku tak belanja sampai tahap tuh pun dah dapat nih.. OK lah tuh..
3 mini botol yang aku dapat free... from d left skin purifier, deep sea water bergamot mist dan radiance moosting lotion. benda ni korang kena pakai sebelum guna base moouse. Tapi kalau takde pun takpe.. tak penting.. cma satu je aku berpesan2 sebelum make up mesti ambil wuduk dulu baru berseri mukanya...
So guys setakat ini je ceritaku ceritamu.. acehhh cehh dah mcm movie Ogy plak.. Harapnya korang yang lelaki tak le bosan membaca cerita orang pompuan nih.. Tapi ada gunanya jugak. Yalah kan manalah tahu kalau nak beri presant besday ke, hantaran ke atau apa2 je lah kaum lelaki dah pandai nak belanja make up mana yang sesuaiii..
P.S. Jangan lupa cuba lipstik shu uemura jenis rouge unlimited creme matte... Kelas gituh.. tahan lama dan tidak kering... walaupun korang lepas makan pun bibir sentiasa ada lipstik. Tak caya cuba.. Harga cuma RM70 shj.. sedikit mahal tapi tahan lebih lama. Lipstik aku beli dari tahun lepas bulan Julai till now masih ada setengah lagi.. Jimatkan... K lah.. Selamat berbelanja dan makan2...
btw, sy x gheti make-up huhuu