ubat kumur punca kanser...

Ubat kumur memang mujarab menghilangkan bau mulut serta dijadikan penawar radang kerongkong berisiko menimbulkan kanser mulut jika digunakan salam jangka masa panjang. Terutama bagi ubat kumur yang mempunyai kandungan alkohol dan ethanol.

Penyelidik dari Universiti Queensland dan Universiti Melbourne, Australia menjelaskan risiko mendapatkan kanser mulut meningkatkan sehingga sembilan kali ganda apabila anda terlalu kerap menggunakan ubat kumur.

Ubat kumur yang mengandungi lebih daripada 26% alkohol memiliki efek berbahaya kerana selain kanser mulut ia juga boleh memicu penyakit radang gusi dan menimbulkan bintik merah pada mulut yang dikenali sebagai petechiae.

Jadi kepada teman-teman yang gemar menggunakan ubat kumur sebagai penghilang bau mulut dan membuang bakteria, cubalah kurangkan bagi mengelak dari mendapat penyakit kanser ini. Kalau pun hendak juga menggunakannya ikut macam nur. Jika guna penutup ubat kumur, tuangkan setengah penutup ubat kumur dan selebihnya dicampur dengan air. Kalau boleh jangan selalu guna. Ingat ya.... Selamat mengelak dari kanser mulut..

info sihat dari harmoni
ubat kumur punca kanser...

0 comment... add one now