Rasanya semua pernah lihat cili ini. Tapi di mana ya? Yang memeranjatkan nur kerana cili ini ada di Malaysia. Sewaktu bercuti di Serawak nur terjumpalah cili ini. Ingatkan cili ni hanya ada Afrika saja. So nur pun beli seringgit. Saja nak tunjuk pada teman-teman nur di Afrika yang di Malaysia juga ada. Cuma di Malaysia hanya ada cili merah. Di Afrika ada 2 warna iaitu hijau dan merah dan mereka memanggil nama cili ini pili-pili maknanya cili lah.. hehehe..
Di Afrika pili pili ini mereka buat sos. Caranya lain sikit. Kalau di kampung-kampung mereka hanya menyagat cili dengan batu sampai hancur. Kemudian di campurkan dengan limau atau lemon dan sedikit garam. Kemudian di masukkan ke dalam botol-botol kecil dalam anggaran 200ml dan di jual dengan harga TZS1500 (RM3.60) lebih kurang gitu. Sedapnya cili sos ini jika di makan dengan ayam bakar, tandori, ikan dan daging. Rasanya tak boleh nak katalah pedas gila tapi sedap.
Pernah juga lihat orang Afrika makan pili-pili ini sebagai ulam saja. Mereka memang gemar makanan yang pedas. Jika di Malaysia pisang dijadikan kuih dan yang mentah di masak lemak lain pula di Afrika. Pisang yang sudah masak di buat lauk. Macam daging salai masak pisang. Nur tak le pernah merasa tapi pernah melihat dan bertanya. Mereka kata sedap sangat.. Macam masak gulai. Suami juga pernah merasa dan katanya memang sedap. hmmmm.... Tapi yang best sewaktu makan di satu Restauran di Dar Salam, dessert mereka hidangkan pisang goreng bersoskan santan dan gula. Sedap juga.. Apa pun ramai dah manusia kat dunia ini pandai memasak pisang goreng.. cuma bezanya sos mereka berlainan... kiat kat Malaysia cicah sambal kicap....