ayam masala Tanzania

Cakap pasal ayam masalah tentu ramai yang dah tahu. Apatah lagi bila bab makan ayam masala ni cukup sedap bila di nikmati bersama-sama nasi lemak dan nasi putih. Memang tak pandang orang lalu kiri kanan. Silap-silap bfren datang menjengah pun tak sedar. hehehehe... tapi itulah dia penangan ayam masalah. Kalau mamak atau org india buat ayam masalah lain sikit bahannya tapi tetap sedap. Tapi nur punya tak tahulah sedap ke tak. Yang pasti kawan-kawan nur suka baik melayu, jepun, cina atau india. Pernah juga nur bekalkan untuk kawan minah saleh nur Julia dari UK. Dia kata dia tak pernah le makan ayam masalah ni coz kat sana semua ayam goreng celup tepung. Tapi itu dulu punya cerita. Skrg nur lost contact coz hp hilang kena curi. sedih tuh...  to theadams nur copy paste pic ni ya. Ntah bila nak buat ayam masala ni... Teringat waktu kita makan sarapan sama2 with chin, u and atsuko...

So kita kongsi lah ya.. kalau tak sedap tu mangap le ya.. sekadar mencuba..


bahan2 utk menggoreng ayam
1/2 ekor ayam di belah ikut suka
1 sb kunyit
1 sb jintan manis dan putih
1/4 sk serbuk cili
1 sb serbuk kari daging
sedikit garam
gaul bersama sedikit daun kari dan perap selama 10 minit. goreng ayam bersama daunnya supaya lebih wangi hingga ayam keemasan

bahan tumis
10 biji cili kering
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 in halia - blend kesemuanya

bahan serbuk
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sb serbuk kari daging

daun kari 7 @ 10 tangkai - ikut suka jika mau wangi tambah lg
1/2 cawan air

cara2
Goreng daun kari dgn btg sekali hingga wangi. masukkan bahan blend dan tumis hingga naik minyak. Masuk bahan serbuk. biar sebentar. Masukkan air. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa. akhir sekali masukkan ayam goreng dan gaul rata.
siap di hidang dan makan bersama nasi lemak...  Kalau ok bg tau. Kalau tak blh komen yg membina...

3 comments.. read them below or add one

faraulah faraulah Khamis, November 19, 2009
kena try ni...macam menarik, rasanya kalau makan dengan pulut kuning pun ok gak kan?
nurmisnan nurmisnan Khamis, November 19, 2009
sedap aje kalau dah masuk mulut. Tapi kalau pulut kuning kena lawan dgn daging kicap berempah. puhhh... tak terkata. nanti nur kongsi2 di sini...
theadams theadams Sabtu, November 21, 2009
thanks for the recipe nora..