Resipi keria antarabangsa aka keria gula melaka

Assalamualaikum. Resipi Keria Antarabangsa aka Keria Gula Melaka dah semakin viral pada abad ini. Kesana kesini semua tengah sibuk post kuih Keria Antarabangsa.

Keria Antarabangsa ke Keria Limbongan ke Keria Gula Melaka ke semua sama. Nama jer berbeza tapi rasa tetap sama serupa bewarna cekelat. Mestilah cekelat warnanya sebab gunakan gula melaka. hahahaha.. Namun tidak semua pandai sira Keria Gula Melaka aka Keria Antarabangsa ni termasuklah saya. Tapi saya tetap mencuba tau. Jom cuba resipi mudah ni. Mana tau lepas ni boleh buatkan untuk suami mak mertua keluarga tersayang. Tak perlu beratur panjang sampai terjah ke Melaka.

resipi keria antarabangsa

Resipi Keria Antarabangsa aka Keria Gula Melaka

#Bahan2 utk 2 orang

2 biji sederhana Keledek. Oren/putih
1 cawan tepung gandum. Agak2 je
1 sk baking powder
1 sb tepung ubi. takde pun takpe
1 sk garam

Bahan sira Keria Gula Melaka

Gula melaka - seketul kecil
2 sb gula/gula perang. ikut byk keria
1 sb gula batu
daun pandan
sedikit garam
5 sb air. agak2 je

(kenapa saya letak garam. sebab rasa manis sedikit masin berlemak lebih sedap rasanya semasa anda menggigit kuih keria. Tak caya cubalah)


#Cara2 membuat Keria Gula Melaka

Rebus keledek dengan sedikit garam sampai empuk. Nak kukus pun lebih baik. Dah empuk tos keledek.

Lenyek keledek dgn garam. Tambah tepung + baking powder. Uli rata sampai sedikit melekit. Bagus uli guna tangan walaupun sedikit panas. Bagus untuk terapi tapak tangan kita. Masa menguli tu agak2 kalau masih melekat dan lembik tambah tepung sikit2 sampailah adunan rasa ok dan sedikit melekit.

respi keria antarabangsa

Elak guna terlalu banyak tepung untuk dapatkan kuih yang lembut walaupun sudah sejuk. Rehatkan sekejap. Lihat pada gambar dibawah ni. Adunan siap diuli dengan tangan. Nak tau jika adunan ok, lepas basuh tangan keringkan dan tekap2 adunan dengan jari. Jika tidak melekat maka sedia untuk diterap.

resipi keria gula melaka

Terap keria ikut saiz kesukaan anda.

resipi keria gula melaka


Goreng sampai warna keemasan. Pastikan api sederhana besar agar isian dalam keria masak cantik. Goreng sampai warna keemasan. Angkat dan toskan.


#Cara Sira gula Keria Antarabnagsa

Dari kuali yang sama simpan minyak goreng tadi. Masukkan semua bahan2 gula pandan dan garam serta sedikit air. Lebihkan sikit air pun takpe untuk memudahkan menyira agar nampak lebih cantik.

Elak guna gula pasir dan gula melaka terlalu banyak agar gula cantik bila disira. Tidak ler berlaku gula bersirat dan bertali nanti. Agak2 jer ikut jumlah keria yang anda buat.

resipi keria gula melaka

Masak dengan api paling kecil dan gaul rata sampai berbuih likat sedikit pekat berkilat cantik. Masukkan keria dan gaul sekejap hingga keria diselaputi gula rata dan berkilat, terus tutup api. Terus angkat dan susun atas pinggan satu persatu tanpa susun bertimpa.


Masa menyira keria ni dah nampak rata semua cepat2 angkat guna lidi sate atau chop stick dan susun satu persatu tanpa bertimpa2. Bila dah kering gulanya baru susun bertingkat.


Siap untuk dimakan panas2. Saya suka sejukkan sekejap sebab gula sedang mengeras. Masa tulah baru best nak gigit. Rangup gula. Dapnyer... dapnyer...

PERINGATAN

  • Sebagusnya guna keledek putih lebih sedap tekstur dia
  • Pastikan semasa mencairkan gula betul2 dah pekat dgn menggunakan api kecil
  • Masa menggaul keria dengan gula jangan gaul sampai gula nampak kering. Terus angkat setelah keria disaluti gula berkilat 
  • Pastikan gula pasir tidak terlau banyak dan tidak terlalu sikit. Just nice
Nota
Buat kuih ni ikut cara kita menyediakannya. Kalau x pandai sekalipun tapi jika buat dengan penuh kasih sayang dan berselawat nabi insyaAllah kuih jadi cantik dan sedap. Bak kata Chef Amar, Masak Dari Hati Masak With Iman. Selamat mencuba. Kalau suka kongsikan resipi ni pada semua ya. (wink)


{ 35 comments.. read them below or add one }

sitirohaida sitirohaida Jumaat, Disember 09, 2016
baru tau tau orang melaka ni terkenal dengan kuih keria ni..tu pun sebab kawen orang melaka
Mama Darwiish Mama Darwiish Jumaat, Disember 09, 2016
Wahhh tak pernah rasa lagi, tp meriah dah dekat timeline fb.... Dapnya
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Disember 09, 2016
heheh saya pun tak tau pula ini kuih org melaka
tapi apa yg pasti dari kecik memang suka keria..
cuma bezanya nak suka sira dengan brown sugar.. sodap.. cekelat
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Disember 09, 2016
meriahkan sampai ada yg merungut p melaka beratur panjang
nak beli sampai nak bergaduh. kesian. patut tuan kedai dah bijak
menyediakan kemudahan yg terbaik pd customer mereka..

akubiomed akubiomed Jumaat, Disember 09, 2016
Suka makan tetapi susah nak dapat. :)
Azieera Tajul Rahim Azieera Tajul Rahim Jumaat, Disember 09, 2016
Wah...keledek & gula Melaka ready dah. Bolehlah...hihihi
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Disember 09, 2016
hehe.. lepas ni boleh cuba buat sendiri..
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Disember 09, 2016
heheh.. dah siap nanti boleh share ya sis.. mesti lagi sodap.. nyum nyum
titan titan Rabu, Disember 14, 2016
bukan susah pun nak buat.

orang kita malas aje sampai sanggup pi melaka.
Unknown Unknown Rabu, Disember 14, 2016
tengah berusaha nak cari keledek ni..Susahnya nak jumpa keledek..Kalau dulu kat kedai runcit pun banyak .entah kenapa sekarang dah tak de..tak kan semua orang buat keria gula melaka jugak kot..hahahah
jie susanos jie susanos Rabu, Disember 14, 2016
jadi makin viral kuih keria ni..lama dah xmkn..hehe
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 15, 2016
kann... kena rajin kalau nak makan. rajin ke dapur. cuba sendiri. lg syiok dan bahagia buat sendiri. puas hati
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 15, 2016
huhu.. kena buat sendiri kot..
sonang jo tu..
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 15, 2016
biasalah. time mencari ada je x der stock. dugaan sungguh..

nanti dah buat share ya..
Amin Hakim Amin Hakim Ahad, Disember 18, 2016
Pergghhh.. sedap nie ☺☺☺
nurmisnan nurmisnan Isnin, Disember 19, 2016
Sedap buat sendiri. oklah.. hehehe
jangan x cuba ekk
arzmoha arzmoha Selasa, Disember 20, 2016
wow menarik boleh jadikan menu petang...
nurmisnan nurmisnan Selasa, Disember 20, 2016
sesekali org lelaki buat memang menarik tertarik. hahaha..
kimmie kimmie Ahad, Disember 25, 2016
sekarang glamer betul kuih keria ni. Baru - baru ni pun kak ipar buat, jadi lepas lah rasa nak makan kuih keria kan.
nurmisnan nurmisnan Ahad, Disember 25, 2016
wahhh.. tercapai jugak merasa keria gula melaka. buat sendiri pebih sedap rasanya sebab aie tgn keluarga sendiri..
Yanieyusuf.com Yanieyusuf.com Selasa, Disember 27, 2016
ermm sedapnya... viral skrg ni..teringin nak buat tapi entah bila lah hihih..
nurmisnan nurmisnan Selasa, Disember 27, 2016
hehe.. insyaAllah kaau ada gua melaka dengan keledek
kat umah sure automatik akan terbuat..
#kakinahomemadesnack #kakinahomemadesnack Rabu, Januari 04, 2017
as salam Nur...akak nak tanya, ada recipe yg pakai soda bikarbonat...hasil nya sama tak kalau akak guna baking powder?
nurmisnan nurmisnan Rabu, Januari 04, 2017
Assalamualaikum kak ina

lebih kurang sama kak. cuma beza dia kalau guna keledek putih tektur lebih cantik dan sedap digigit.
Suria Amanda Suria Amanda Sabtu, Januari 07, 2017
Nampak sedap dh tu ha kan...ntah bila la SA nak pandai buat...
nurmisnan nurmisnan Ahad, Januari 08, 2017
kak no pun x pandai sangat buat tapi alhamdulillah cuba jugak buat sendiri. sodap pulak.. kekeke.. puji sendiri..
saidila saidila Rabu, Januari 11, 2017
rasa nak buat lagi pulak bila tengok entry nih....
nurmisnan nurmisnan Rabu, Januari 11, 2017
hehehe.. u dah pandai terer buat
no hal tuh.. pejam mata siap.. ��
Cik Ash Cik Ash Jumaat, Januari 20, 2017
tak pernah makan lagi kuih keria melaka ni
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Januari 21, 2017
kena cuba buat sendirilah cik ash..
mana tau rasa lg sedap dr beli..
Cik Ash Cik Ash Rabu, Februari 08, 2017
Hihihihihi kena beli dulu la ubi keledek nanti
Unknown Unknown Khamis, April 20, 2017
Nak tanya masa msk gula melaka tu nk kena letak minyak x?
nurmisnan nurmisnan Rabu, April 26, 2017
tak perlu dear.. ikut cara saya berikan. semoga menjadi ya..
naim naim Ahad, Disember 31, 2017
Salam mcm mna nk elakkan siraaan tu cair lepas beberapa jam lepas siapp..
nurmisnan nurmisnan Isnin, April 02, 2018
biasanya memang akan cair walaupun dlm suhu bilik.