Resipi Tomyam Udang dan Ayam


Assalamualaikum. Siapa tak suka makan tom yam. Resipi dan makanan tradisi orang2 Thailand. Lauk berkuah yang berisi udang atau daging ayam bercampur sayur. Semua pilihan ditangan anda. Namun anda pernah masak sendiri tom yam dirumah? Sesekali membeli tidak salah untuk makan bersama2 keluarga. Tapi kalau nak berjimat banyak lebih baik kita buat sendiri dirumah. Lebih sedap dan berkhasiat. Jom cuba resipi tom yam dirumah khas untuk keluarga tersayang.

Resipi Tom yam Udang dan Ayam

Resipi tomyam ni jika suka bersantan boleh tambah santan. Jika suka kosong seperti tom yam sup biasa pedas, tak perlu santan.

1/2 kilo Udang/ayam - ayam potong kecil. Udang siang buang kotor belakang. Bersihkan.

Bahan A
3 batang serai - ketuk
1 inci Lengkuas - ketuk
2 akar batang daun ketumbar
1 biji bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
2 helai daun limau perut
2/3 batang cili padi - ketuk. Nak pedas tambah lagi. Ikut citarasa masing2.


Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1 sudu sos ikan
sedikit garam dan gula

Bahan C
2 sudu jus lemon - ikut suka nak masam tambah
*Lada cili goreng - ikut suka pedas

1) REBUS BAHAN A DALAM PERIUK SEDERHANA BERISI 4 CAWAN AIR HINGGA MENDIDIH. Jika suka lebih kuah tambah lagi secawan.

2) Bila dah mendidih kecilkan api dapur dan masukkan sayur yang anda gemari. Elak letak sayur brokoli. Sebaiknya cendawan pilihan yang lebih baik.

3) Masuk udang atau ayam. Masak selama 10 minit. Jika guna udang masak untuk 5 minit saja atau sehingga berubah warna. Jangan masak terlalu lama kerana udang boleh jadi keras dan kenyal. Masukkan buah tomato.

4) Masukkan bahan B. Gaul rata. Perasakan apa yang kurang. Didihkan sekejap 2 minit dan Tutup api.

Cara buat cili goreng tom yam

Dua sudu cili boh ditumis dengan minyak sedikit banyak. Tumis sampai keluar minyak dan sedikit garing. Pastikan api sederhana dan sentiasa digaul utk elak hangus.

Cara hidangkan Tom yam

Tuang bahan C iaitu jus lemon dalam periuk atau mangkuk hiasan yang anda suka. Agak2 saja. Jangan terlalu masam. Jika kurang boleh tambah lagi.

Letak cili goreng mengikut kesukaan anda dengan minyaknya sekali. Tuang tom yam sup yang telah dimasak tadi. Tabur daun ketumbar. Siap dihidang dan dimakan dengan nasi putih panas2.


Tips menyimpan daun ketumbar

Ambil akar dan batang ketumbar. Basuh bersih. Keringkan dan simpan dalam plastik seal seperti ini. Daun pula gulung dengan kertas tisu dapur. Simpan dalam freezer. Memang tahan lama.

Selamat mencuba. Kalau sedap habaq mai naa. Share dengan kawan2.


{ 8 comments.. read them below or add one }

akubiomed akubiomed Selasa, Oktober 11, 2016
Tomyam kegemaran saya. Sanggup cari kedai tukang masaknya orang Kelantan atau dari Pattani nak dapat rasa original.
nurmisnan nurmisnan Ahad, Oktober 16, 2016
susah nak dapat tomyam sedapkan..

ada tu cair dan bahan2 pun sikit je

puas hati buat sendiri
reezluv reezluv Jumaat, Disember 02, 2016
meliur plak nengoknya haih..:D
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Disember 09, 2016
cubalah buat kek umah.. lagi sodap tau
Suria Amanda Suria Amanda Sabtu, Januari 07, 2017
SA memang suka tomyam..tp coriander / daun ketumbar tu jarang letak..lepas ni nak cuba la letak daun tu..sebab kat kedai tomyam selalu letak kan?
Ummi Hanie Ummi Hanie Isnin, Januari 23, 2017
owh ini versi tomyam bubuh santan ya...
(h)
interesting
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Jun 09, 2017
iya sis.. kalau x nak tak mengapa tapi kalau letak lagi umphhh..
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Jun 09, 2017
wajib ada. masa masak letak bahagian akar batang saja. masa nak hidang baru tabur daunnya