Mengapa perlu memaafkan dan redha kesalahan dengannya



Assalamualaikum. Memaafkan bukan perkara mudah namun kemaafan adalah dendam yang paling indah. Kerana apa? Kerana Rasulullah SAW sendiri memaafkan orang2 yang membuat keburukan walau sedahsyatnya kepada Baginda. Bila kita ikut cara Rasulullah dengan sendirinya kita ikut sunnah Rasulullah SAW. Kan besar pahalanya tuh. Tapi ada manusia berbangga dan sombong tidak mahu memaafkan kesalahan manusia tersebut. Dengan angkuhnya boleh pula kata AKU X HALALKAN DAN MAAFKAN KESALAHAN KAU SAMPAI AKHIRAT PUN. SATU SEN PUN AKU X HALALKAN.

Bila kita marah kita akan keluar semua ayat2 nista dan bongkak. Sampaikan ayat tu menusuk jiwa orang tu hingga berkecil hati walaupun kita tau BENAR dia yang buat busuk dengan kita. Tapiiii... apakah kita sanggup menanggung beban yang merugikan di akhirat nanti hanya kerana TIDAK MEMAAFKAN dan REDHA dengan apa yang berlaku? Baca ni.. jangan ambil ringan.

Mengapa perlu memaafkan kesalahan orang dan redha dengannya. 


Soalan


Kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"


Jawapan


"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain, 
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke? 

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.

Biarlah Allah SWT yang menghakimi.

Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.

Kita akan lebih tenang.

Inshaa Allah.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DGN SAYA.

ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

SELAMAT MENYAMBUT. MAAL HIJRAH 1438.


info dr Muslimah

0 comment... add one now