Kerepek Ngaku Sedap


kerepek ngaku
Kerepek Ngaku
Assalamualaikum. Hari ni jalan2 shopping belanja barang dapur baik basah mahupun kering terpandang pula buah Ngaku ni. Lama sungguh tak makan. Kali terakhir saya buat masa dua tahun lepas. Waktu tu buah Ngaku sedikit besar dari yang saya ada sekarang ni.

Apa lagi saya grab sekilo. Adalah lebih kurang harganya $5.50 dollar brunei. Dapat jamah sikit pun jadilah. Apalagi.. projek menggorenglah kita hari ni.

Buah Ngaku - gambar google. Terlupa nak snap. Dah sagat baru hengat. hahahaha
Baik.. sebenarya buah Ngaku ni tak perlu dibersihkan sampai dihiris kulitnya. Cukup sekadar direndam sekejap dan dibersihkan. Kemudian dikikis saja kulit2 yang kotor dan dibuang. Jangan dibuang tangkainya kerana memudahkan anda untuk menyagat nanti.

Bila sudah dibersihkan, rendamkan dengan air garam selama 30 minit saja. Biarkan dia mesra. Kemudian tos kering.


Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana kuat. Tambah sedikit butter untuk lebih rasa garing dalam sesudu besar. Agak2 saja. Dah panas, sagat buah Ngaku mengikit bulatan dengan memegang tangkainya. Elak menyagat Ngaku dengan buah melintang kerana akan rasa kurang rangup bila digoreng. Sebaiknya sagat ikut memegang tangkai. Ngaku akan lebih rangup garing dan sedap. Masa ni sagat saya dah tercabut, jadi saya hiris saja dengan pisau.


Semasa menggoreng Ngaku tabur sedikit daun kari atau hirisan bawang putih dan garam halus. Rasa lebih lemak wangi dan sedap. Jika tidak gemar dengan bawang putih, hanya taburkan sedikit garam halus sahaja semasa menggoreng. Maaf dalam gambar saya tidak snap semasa tabur daun kari. Kejar masa. Hehehehe


Goreng sehingga warna bertukar keemasan. Kemudian angkat dan toskan. Siap.. Dah sejuk simpan dalam telap + botol kaca + tuppeware + kedap udara.

Nota
Masih teringat sahabat saya berbangsa cina beri satu tin sederhana kerepek Ngaku ni. Habis sehari saja saya ngadap dengan secawan kopi o panas sambil tengok movie. hehehehe... oklah.. Selamat mencuba ya.