Doa pulih Koma

Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini akan berlaku kepada mereka yang sakit dan tidak sedarkan diri pada masa yang lama. Ada yang koma untuk beberapa hari sahaja dan ada pula yang makan berbulan2 dan bertahun2. Namun apa sahaja yang berlaku itu semuanya atas kehendak dariNya. Dan kita sebagai hambaNya harus berusaha dan berdoa meminta untuk disembuhkan.

Doa pulih dari Koma adalah salah satu cara untuk menyedarkan mereka yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Amalkan dan baca dengan memasangkan niat yang sempurna.

COMA - DOA KOMA

Cara2 merawat orang yang sedang KOMA
  • Redha dan ikhlas dengan ketentuan Allah SWT
  • Niatkan agar doa ini dapat kesembuhan dari Allah SWT
  • Baca Surah Al Fatihah
  • Selawat Syifa' Tujuh Kali
  • Selawat Tafrijiyyah Tujuh Kali
  • Doa rawatan Koma dibaca Tujuh Kali. Lihat doa dibawah ini

"Maha Suci Allah Tuhan yang urusanNya antara KAF dan NUN. Maha Suci Allah yang urusanNya apabila DIA menghendaki sesuatu, ia berkata "Jadilah" maka akan Jadilah. Aku bermohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau"
Dan ayat tambahan kepada bacaan doa ini. Sangat berkesan insyaAllah dengan izin Allah SWT. Baca tambahan Surah Yaasin dari Ayat 1 - 9 kemudian baca doa satu lagi dibawah ini.


"Ya Allah yang cahayaNya ada dalam rahsianya dan rahsianya ada dalam makhlukNya peliharalah aku daripada mata orang2 yang memandang, hati orang2 yang hasad dan melampau sebagaimana terpeliharanya ROH akan JASAD, sesungguhnya Engkau Maka Kuasa atas segala Sesuatu"
Nota
Mudah2an dengan doa memohon pertolongan dari Allah SWT insyaAllah akan sedarlah saudara2 kita dari Koma. Jangan berhenti berzikir dan mohon dariNya. Surah Yassin adalah satu2nya penawar segalanya. Amalkan..