Kembara Palestine meninjau sejarah Israk Mikraj


#KEMBARA PALESTIN

Assalamualaikum semua. Saya menyahut bonus akhir tahun dengan menyertai contest #KembaraPalestin bersama Denaihati. Banyak sejarah2 Islam yang ada sebahagiannya kita tidak pernah jejaki dan merasai sendiri. Dengan mengikuti Kembara Palestine sekurang2nya kita ambil tahu dan melihat sendiri tempat2 bersejarah terutama berlakunya sejarah Israk Mikraj bersama Rasulullah SAW dan Masjidil Al Aqsa.

PERISTIWA RINGKAS ISRA' DAN MIKRAJ


Aku teringin benar ingin menjejaki ke Masjid Al Aqsa dan DoomOfTheRock untuk melihat sendiri tempat2 yang berlakunya peristwa Israk Mikraj. Belum ada rejeki lagi untuk kesana. Syukur Denaihati berkongsikan sejarah dan gambar2 tentang keindahan #Kembara Palestine. Sedikit peristiwa ringkas tentang Israk Mikraj yang aku tahu.

Kejadian Israk Mikraj berlakunya pada 27 Rejab bersamaan Tahun 12 622 M. Sebelum kejadian peristiwa Israk Mikraj, Baginda mengalami pembedahan dada untuk dibersihkan hati Baginda dengan air Zam Zam + dibersihkan salutan hitam (alawah) + dijahit dada Baginda kembali dan dimeterikan (ditanda) Khatamun Nubuwwah. Tanda Khatamun Nubuwwah ini menunjukkan penutupan Baginda adalah Rasul dan Nabi yang terakhir.


#KembaraPalestine - Masjidil Al Aqsa (atas) dan Doomoftherock (Kubah emas) - Jerusalem



Selepas itu Baginda didatangani Malaikat Jibril AS bersama Buraq. Baginda berkata - menurut hadis riwayat Imam bukhari "Seperti Aku telah dibawa oleh seekor Buraq, seekor haiwan berkulit putih dan panjang, lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal. Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang".(Riwayat Shahih Bukhari)

Perjalanan dari jam 6 malam hingga 6 pagi itu, Baginda kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis


#KembaraPalestine - Difahamkan disinilah - Masjidil Al Aqsa berlakunya kejadian dimana BAGINDA Rasulullah SAW mengikat Buraq dan berjalan menuju ke DoonOfTheRock.

Ketika Buraq mendekati Nabi SAW agar menungganginya, dia merasa bimbang. Jibril AS pun berkata: "Demi Tuhanku, tidak menunggangimu selain Nabi dari bangsa Hasyimi Al-Abthahi Al-Quraisyi yaitu Nabi Muhammad bin Abdullah yang memiliki Al-Quran." 

Nabi Muhammad SAW berkata: "Saya Muhammad bin Abdullah." Maka naiklah Nabi Muhammad SAW dan pergilah mereka menuju surga. Dalam perjalanan ke Syurga Baginda menghadapi pelbagai gangguan dan peritiwa kejadian2 yang menakjubkan.

Dari langit pertama hinggalah ke tangga ke 10 Baginda sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab dan bertemu dengan Allah SWT lalu Baginda pun bersujud. 

Allah SWT berfirman - "Angkatlah kepalamu wahai Muhammad. Hari ini tidak ada ruku' dan sujud sebaliknya hari ini adalah hisab dan pembalasan. Angkatlah kepalamu hai Muhammad dan mintalah kamu, niscaya kamu akan Aku penuhi."

Baginda - "Tuhanku, apa yang Engkau janjikan padaku tentang umatku?" 

Allah SWT berfirman - "Aku akan memberimu sesuatu yang engkau ridhai." Sebagaimana firman-Nya: "Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.” (QS. Adh-Dhuha: 5).

Kemudiannya Allah SWT memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu. Allah Maha Besar. Wallahualam.

Nota
Kejadian2 dari sejarah ISLAM dibumi Arab banyak yang indah dan menakjubkan. Allah SWT itu memang MAHA AGUNG dan PENYAYANG pada Baginda Rasululah SAW sehinggakan perkara solat 50 waktu menjadi singkat kepada lima waktu. Dengan lima waktu sehari semalam pun manusia masih lagi melengahkan2 dan mengabaikan solat. 

Bila kita mendalami sejarah Israk Mikraj ini kita pengikut Baginda sepatutnya berbangga dan bersyukur kerana Allah SWT menunaikan permintaan Baginda Rasulullah SAW. Allah Maha Besar.


0 comment... add one now