Korban Aqiqah di Kemboja bersama eQurban


Assalamualaikum guys. Korban dan aqiqah adalah sunnat muakkad dilakukan pada setiap manusia terutama kepada mereka yang mampu. Hadith yang diriwayatkan oleh Al Hakim, Rasululllah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang wajib ke atasku dan kepadamu menjadi tatawwu iaitu sunat = korban + solat witir +  solat dhuha.”



KELEBIHAN MELAKUKAN KORBAN


Dari riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah SAW melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk + kuku + bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat . Wallahualam

SIAPA YANG DITUNTUT MELAKUKAN KORBAN


Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah; Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Wallahualam

AQIQAH DAN KORBAN - MANA SATU DIDAHULUKAN


Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab ibu bapa seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang mempunyai kelapangan dan kemampuan. Jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik, kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibu bapa terhadap anak tersebut, sedangkan korban pula adalah suatu sunnah sahaja. Wallahualam

EQURBAN DAN KOPERASI MUSLIM KEMBOJA


Disini Equrban Resources Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai nama eQurban merupakan sebuah syarikat yang melaksanakan Program Aqiqah dan Qurban yang dilakukan di negara Kemboja. Sebuah program usahasama antara eQurban dengan phak Koperasi Muslim Kemboja - CMC.

eQurban mengajak rakyat Malaysia melaksanakan ibadah korban dan Aqiqah di kemboja disebabkan kedhaifan umat Islam disana yang lebih memerlukan berbanding kita rakyat Malaysia yang hampir setiap hari berlaukkan daging lembu dan kambing. Difahamkan dahulu umat Islam di Kemboja hanya memakan daging setahun sekali sahaja.

Lembu2 yang dikorbankan adalah dari ternakan sendiri di Ladang Ternakan Padang Rahut di Stung Treng, Kemboja yang seluas 50 ekar. Setiap keuntungan program akan diberikan kepada pihak koperasi bagi tujuan PROJEK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN UMAT ISLAM KEMBOJA

BINATANG APAKAH YANG DISYARIATKAN UNTUK KORBAN 

  • Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
  • Kambing biasa -  berusia dua tahun dan ke atas.
  • Unta – berusia lima tahun dan ke atas.
  • Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas. 


Harga yang telah ditetapkan eQurban

  • 1 Ekor Lembu – RM1750 / 595 USD (International) - Seekor lembu mempunyai 7 bahagian. Boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza. Sijil akan diberikan setelah selesai urusan korban
  • 1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International) - Seekor kambing hanya boleh satu nama sahaja. Sijil akan diberikan setelah selesai urusan korban
  • 1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)
  • Cara2 menempah dan borang klik TEMPAHAN
Equrban - penyebelihan yang dilakukan di Kemboja

Nota
Menyembelih haiwan korban yang ditentukan syarak adalah wajib dan mendapat ganjaran dari Allah SWT tetapi apabila ada diantara kita tiada berkemampuan, maka disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut. Wallahuaklam

Sebarang pertanyaan boleh diajukan soalan di online atau dipejabat

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-8926 3575

Projek usahasama disokong oleh = Al Ansar Group + Darul Maghfiroh + Denaihati + Dzul iman + DPIM

Sedikit perkongsian tentang Korban dan Aqiqah dari eQurban + Ustazah Norwariza - U Mesir Al Azhar


0 comment... add one now