Mind and Spirit - penawar stres dan penenang diri



Assalamualaikum blogger sedunia. Mind and spirit adalah sejenis cecair sabun pinggan yang sangat2 unik. Bukan saja mampu menghilangkan minyak + kekotoran dipinggan mangkuk tetapi ia juga mampu menjadi penawar stres + penenang diri.

Mind and Spirit adalah buatan dari Negeri Melaka, Malaysia dan boleh didapati diserata pasaraya2 terkemuka. Cecair sabun pinggan Mind and Spirit mempunyai 2 jenis bauan.
  • Warna biru = Mind & Spirit relaxing aroma mempunyai minyak pati Lavender + Orange
  • Warna pink = Mind & Spirit Stimulating aroma mempunyai miyak pati Rosemary + Eucalyptus.
Kebaikan sabun cecair Mind and Spirit aromatherapy memang sangat2 berlainan daripada jenama sabun cecair pinggan yang lain. Kandungan yang terdapat dalam sabun tersebut mengandungi minyak essential yang boleh menghilangkan stres + meremajakan diri + penenang diri. Mind and Spirit atau bahasa melayunya Roh dan Minda adalah cecair cuci pinggan mangkuk pertama yang terdapat di Malaysia mengandungi minyak arometherapy + ekstrak alow vera yang dapat melembutkan + menyuburkan kulit tangan kita. Bestkan...

Penggunaan sabun cecair Mind and Spirit memang berbaloi2 sejak tahun 2005 lagi.

Nota : Sebenarnya memang aku ingin sarankan kepada suami2 diluar sana yang ingin memberikan ketenangan + relaxing + hilangkan stres pada isteri tersayang yang penat bekerja dirumah, sila belikan sebotol untuk isteri. Pilihlah bauan apa yang sesuai untuk ketenangan isteri tidak kira RELAXING atau STIMULATING. 

Semoga selepas ini semakin erat hubungan korang berdua. Untuk isteri2 + wanita bekerjaya pula tak rugi dapatkan satu botol dirumah. Biarpun penat dari bekerja tetapi akan rasa ketenangan selepas terbau aroma Mind and Spirit semasa membasuh pinggan mangkuk. Rasakan sendiri selepas itu..

P.S. Kejadian terlampau semasa d Tesco itu sebenarnya tidak ler melampau mana pun. Saja jer buat tajuk hangit.. Hik3.. Tetapi biarlah ini rahsia antara tiga Mak Blogger. 


0 comment... add one now