Penawar campak

Bunga Melur. Kredit tropicana.com

Assalamualaikum guys.. Demam campak ini kalau tidak dirawat awal2 akan menjadi gatal2 pada kulit dan berbiji air. Jika sudah pecah biji airnya lagi rasa kegatalan dan sakit. Masa itu mulalah nak mengeruk dengan jari. 

Tanda2 dihinggapi penyakit campak
  • Demam dan selsema
  • Sakit tekak
  • Tiada selera makan dan minum terutamanya bagi kanak2
  • Mata kemerah2an dan berair
  • Suhu badan sentiasa meningkat

Ini ada sedikit petua untuk merawat campak. Mudah2an akan segera sembuh dengan izin-Nya
  • Minum air kelapa muda. Makanan haruslah yang berebus sahaja
  • atau ambil sedikit daun jambu batu + sedikit bunga melur. Tumbuk lumat dengan lesung da campurkan dengan bedak sejuk (apa2 bedak sejuk boleh). Sapukan pada badan yang timbul biji2 merah dan biarkan kering. Jika biji2 merah tersebut sudah hilang barulah di ramas2kan daun MAMBU ke dalam sebaldi air dan mandikan.

Pantang larang semasa campak
  • Jangan menghidu bau minyak yang ditumis
  • Jangan bercampur dengan kanak2 lain kerana mudah terkena jangkitan
  • Jangan memakai baju di waktu cuaca panas
  • Tidak boleh mandi
  • Jangan sekali2 terkena air hujan

Nota
Daun2 herba penawar banyak penyakit. Mudah2an ianya dapat menyembuhkan penyakit ini dengan bantuan Allah SWT. 

P.S. Daun mambu tiada dalam simpanan aku. Korang boleh search wak google yer.. Selamat mencuba dan semoga cepat sembuh

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.