Tips diet - minum banyak air suam




Assalamualaikum guys... Air sangat2 penting kehidupan kita. Mana sahaja kita pergi akan kita singgah di warong2 atau di kedai2 makan untuk segelas air jus atai secawan kopi panas atau lebih menarik adalah teh tarik satu mariiiii.. Namun adakah kehidupan kita ini hanya bergantung pada minum air manis sahaja? 

Percaya tidak ada antara kita memang tidak gemar minum air masak atau air suling. Kehidupan mereka lebih gemar dengan kehadiran air soda atau air yang mengandungi gula. Sebenarnya hidup kita ini tidak lengkap jika tiada air mineral atau air masak dalam badan. Dan kerana air jugalah kita dapat mengimbangi berat badan dan sekali gus dapat mempercepatkan pengurangan berat badan kita.. Naper tak percaya ker?? 

Sebenarnya air boleh mengurangkan selera makan kita. Aku pernah cuba tips ini. Semasa kita berasa lapar kita jangan terus ambil makanan sebaliknya ambil segelas air masak suam atau mineral. Kemudian kita lihat selepas setengah jam. Perut akan kurang rasa lapar dan kita akan makan dengan kadar yang rendah dan bersederhana. Sebab itu air dapat membantu kita mengurangkan kalori.

Air adalah nutrien yang penting untuk pelbagai fungsi badan dan proses termasuk penyingkiran bahan buangan + berkhasiat + mengawal suhu badan. Air membantu mengurangkan pembendungan cecair dan membantu mengekalkan fungsi usus yang normal.

Nota
Air adalah sumber yang penting dan berkhasiat untuk kita. Jadi jangan membazir air. Dan pastikan jangan sekali2 simpan air dalam kereta atau di tempat yang mudah kena panas kecuali air berbotol kaca atau steel. Jika botol air minuman tersebut berwap, elakkan dari minum.

P.S. Aku banyak mengamalkan minum air suam untuk awet muda dan berdiet.. Alhamdulillah badan seimbang walaupun ada part2 yang masih lagi diusahakan untuk membuang segala lemak2 tepu ang dah beku.. hik3... Selamat berdiet dan selamat berminum air.. Kalau dapat minum air zam2 seharian adalah TERBAEK untuk diet dan kesihatan kita...

0 comment... add one now