Jumaat, 7 September 2012

Khasiat watercress atau selada air anti kanser


 

Watercress hijau dan Watercress Merah sama khasiatnya

Assalamualaikum guys... Percaya atau tidak daun watercress atau selada air ini adalah anti kanser dan sangat baik untuk diet yag sihat. khasiat watercress sangat tinggi serta sumber vitamin yang terbaik kandungan B1, B2, B6, C, E, dan Karotena. Selain itu watercress mempunyai sumber kalsium yang baik, serat besi dan tembaga. Disini aku kongsikan serba sedikit kebaikan dan khasiat memakan daun watercress.

KHASIAT WATERCRESS ATAU SELADA AIR
  • Mengandungi ciri2 anti-kanser
  • Mengurangkan kerosakan DNA sel2 darah dalam pembinaan KANSER
  • Membantu melindungi mata kerana ia mengandungi tahap dua karotenoid, Lutien dan Zeaxanthi yang tinggi
  • Membantu stable kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan tenaga seksual dan meningkatkan kesuburan
  • Membantu memori bertambah baik, mental dan melambatkan proses penuaan
  • Menguatkan badan terutama aliran darah
  • Rendah kalori dan tinggi potassium yang penting untuk diet kerana tindakan diuretik menarik bendalir berlebihan ke bawah dan keluar dari tubuh badan
  • Membantu memperbaiki penghadaman dengan mengawal selia aliran hempedu
  • Memperbaiki kulit
  • Daun watercress kaya dengan klorofil dan membantu pernafasan berbau
  • Mengunyah watercress mentah2 dapat merawat gusi berdarah
  • Membantu melegakan pembesaran kelenjar prostat, pembengkakan kaki da pergelangan kaki terseliuh - Ambil daunnya dan di tuamkan kepada tempat2 tersebut
  • Merupakan sumber iodin yang penting kepada fungsi kelenjar tiroid
  • Kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi

Resipi Salad Watercress
  • Olive oil (xtra virgin atau biasa) + mustard + Apple cider vinegar + salt + pepper = gaul rata atau masukkan bahan2 ke dalam botol kaca kecil yang bertutup dan goncang rata. Curahkan atas watercress salad dengan potongan tomato cherry atau avocado.
  • Sedap juga dimasak sayur lemak. Rasanya seperti masak lemak daun turi. Memang nyaman (orang Brunei kata) sedap. Lagi2 ditambah dengan sambel ikan bilis. Superb.
Nota
Penemuan utama diet Watercress atau selada air adalah kadar pengurangan yang sangat ketara dalam kerosakan DNA kepada limfosit (sel2 darah putih) sebanyak 22.9%.

P.S. Setiap hari makan watercress atau selada air ini boleh menjadi lebih sihat dan kulit lebih cantik. Yang penting ia dapat membantu kepada pesakit2 kanser. Boleh di dapati di pasaraya2 terkemuka. Sodap di buat sandwich + salad + soup. Cubalah pelbagai resipi watercress di watercress.com/recipes.aspx. Selamat malam guys. Wassalam

Followers

Follow The Author

Backlink checker to kongsibersamanora.blogspot.com